10 Perkara Yang Seorang Petani Perlukan

Menceburkan diri dalam bidang pertanian ..

Semakin ramai anak muda minat bertani.. beralih ke arah kerja sendiri.. trend yang cukup positif.. akan tetapi.. coretan dari saya sekadar perkongsian pengalaman dalam bertani.. percayalah.. bertani bukanlah mudah.. jika teori semata2.. bukanlah jaminan tanaman menjadi.. banyak yang terikut-ikut kejayaan mentor2 yang berjaya.. tak menjadi kesalahan.. malahan bagus sebagai inspirasi anda…

10 perkara yang perlu anda nilai dalam diri sendiri untuk menjadi petani yang berilmu dan berjaya

1 – minat mendalam dalam bertani.. bukan keuntungan yang diutamakan.. tetapi menghasilkn tanaman berkualiti dan kuantiti yang baik.. maka keuntungan bakal diterjemahkan
2- ilmu dan skill tanaman yang baik serta berkualiti… mampu menjadikan hasil pengeluaran yang memuaskan

3- kenali kelemahan dalam tanaman.. bermaksud.. jangan mudah berputus asa setiap kali tanaman diserang penyakit.. jika musim pertama gagal.. kenali punca dan penyebabnya… musim kedua menjanjikan penambahbaikkn dalam bertani.. begitulh seterusnya…

4- jangan terlalu tamak buka kebun luas @ besar.. jika keyakinan tentang ilmu tanaman masih lagi berkurangan.. walaupun mempunyai modal yang besar.. sebaiknya.. jika ada sifu2 yang membantu.. perkara ni tak menjadi masalah.. tetapi jika sekali dua berkursus.. maka peratusan untuk gagal cukup tinggi

5- mengasah dan menggali ilmu tanaman..jangan kita cepat berpuas hati dengan ilmu yang kita ada melainkan hampir segalanya dah kita hadam.. pelbagai karenah dan penyakit serta serangan akan berlaku.. musim pertama jika berjaya.. tiada jaminan untuk musim berikutnya terus berjaya jika ilmu masih kurang.. selalu trjadi perkara begini… kenalilah puncanya

6- letakkn target pengeluaran yang logik.. jangan trlalu menaruh harapan tinggi dapat hasilkn pengeluaran tanaman yang tinggi.. jika lebihan.. itu rezeki namanya.. jika berkurangan.. tetap rezeki jgk..

7- jangan ambil jalan mudah.. personal message( pm ).. sebaiknya.. luaskn pencarian ilmu.. lawatlah kebun2 yang berjaya.. mereka ramai diluar sana yang tak kedekut ilmu.. jangan mencari ilmu dihujung jari semata2..

8- termakan janji manis penjual produk pertanian.. jika baca komen2 mereka.. pokok yang sakit disebabkan serangan serangga.. dengan mudah berkata produk mereka berkesan mengatasinya.. walhal kebun pun takde.. camno tu… ( hanya segelintir kecil)

9- kenali pasaran.. ya.. pasaran cukup penting untuk menjual hasil tanaman.. kalau tak.. habislah.. tak tahu hala kemana hasil kebun.. jika trjual pun.. mgkin permainan harga jadi isu..

10- kurangkan bereksperimen.. campur aduk sop tanaman mentor2… ramai yang buat macam ni.. jika anda mempunyai kelengkapan makmal.. oklah.. sesuailah.. tapi main terjah… hancur musnahlah jawapannya.. mgkin yang dapat keputusan positif hanya sebilangan kecil sahaja..

skop bidang pertanian mampu menghasilkan pulangan lumayan.. boleh jadikan anda silent millionaire jika saiz dan keluasan kebun berbelas2 danberpuluh2 ekar.. cukup mudah untuk buat duit jika ilmu dan pengetahuan dalam diri hampir sempurna… tetapi bertani juga mampu membakar duit menjadi abu.. meluntur dan melemahkn semangat anda..

JANGAN SESEKALI mengambil sikap mudah dan lupa diri trhadap sekelumit kejayaan.. bertahun2 dalam bertani mampu menjadikan kita lebih matang … tambah apa yang trkurang… ikutlah resmi padi… atas kertas nampak mudah… dalam dunia realiti sebenar cukup untuk kita kenali erti kehidupan susah payah mencari rezeki.. berusaha terus berusaha.. jangan cepat melatah dan mengalah.. berdoalah dan mengadulah padaNYA…

‪#‎akumenulisbukankernanama
‪#‎jasadterkuburilmutetapsubur

 

 

Sekian,

Mohd Hanif Wazir

Jemput like page IlmuTani.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinterest