Apa Beza Rumput dengan Rumpai?
Rumput atau rumpai?
Saya percaya ramai yang keliru dengan dua istilah ini. Saya pun sama juga. Dulu, semua semak samun dan belukar saya panggil rumput. Rumpai pula, saya kira ia tiada kaitan dengan daratan di mana rumpai ialah tumbuhan-tumbuhan yang hidup di dalam air.
Rupa-rupanya pemahaman saya salah. Jom kita fahami dua istilah ini untuk membantu pemahaman kita dalam pertanian selain mengelak daripada digelakkan orang.
Rumpai
Rumpai didefinisikan sebagai apa sahaja tumbuhan yang tidak dikehendaki yang tumbuh secara liar dan tidak ditanam. Haa, ini termasuklah pokok-pokok besar yang merimbun tu.
Sebagai contoh, kita tanam pokok jagung pada satu kawasan. Tiba-tiba, di celah-celah pokok jagung tu tumbuh pelbagai jenis tumbuhan yang tidak kita ingini. Maka, tumbuhan-tumbuhan selain jagung itu dipanggil sebagai rumpai.
Daripada 321 000 spesies tumbuh-tumbuhan (data pada tahun 2010), sebanyak 18 000 spesies diklasifikasikan sebagai rumpai kerana mempunyai ciri-ciri rumpai. Daripada jumlah ini pula, 220 spesies disebut debagai rumpai paling bermasalah dan kebal racun serangga.
Rumput
Rumput ialah tumbuhan daripada keluarga Poaceae (sinonim: Gramineae) seperti padi, jagung, tebu dan buluh. Rumput sebenarnya merupakan satu kumpulan daripada pelbagai kumpulan rumpai (rumput ialah subset kepada rumpai). Bahkan, sebahagian besar spesies rumpai terdiri daripada keluarga rumput. Agaknya inilah sebabnya rumpai sering dikelirukan dengan rumput.
Berikut ialah anatomi tumbuhan daripada keluarga rumput:
Ok, saya harap penjelasan ini sedikit sebanyak membantu pemahaman anda.
Sekian, semoga bermanfaat.
Saya amat respect pada saudara yg sanggup membangunkan site ini dan berkongsi pengetahuan dan ilmu dlm bidang pengajian saudar. Saya adalah seorang pensyarah tp dlm bidang sosial tp dlm masa yg sama mengusahakan sawah padi sejak 16 tahun yg lalu. saya selalu mencari jalan bagaimana utk meningkatkan hasil padi supaya boleh dikongsi dengan orang lain. tiada ruginya berkongsi ilmu. Orang barat x kedekut ilmu dn semuanya ingin dikongsi dengan org lain..cthnya melalui Youtube. saya berasa sedih kalau org yg mempunyai ilmu tp x mahu dikongsi..takut org lain maju mcm dia. Cthnya baru2 ni saya bertanya pada seorang penjual pokok semaian tentang bagaiman nk bagi pokok berbuah..dia tanya saya balik..benih tu beli kat dia tak? Dia kata kalau x beli kat dia, dia x boleh nak bagi tahu petuanya. Ni org Melayu Islam..sedih dengan org kita.
Terima kasih atas sokongan Tuan Subri. InsyaAllah kami sumbangkan apa yang mampu. Masih banyak lagi yang kami terlepas pandang.