Baka Lembu Pedaging

Pasti ramai yang kurang tahu mengenai baka lembu pedaging. Yang kita pasti tahu, yang itu lembu, yang ini lembu dan sana tu pun lembu. Tapi lembu baka apa ya?

Nah, apa kata saya bantu dengan perkongsian info mengenai baka – baka lembu pedaging yang terdapat di Malaysia. Pengetahuan ini amat penting terutamanya bagi mereka yang ingin menternak lembu pedaging. Bukan apa, takut tersalah pilih, nanti RUGI!

Berikut adalah contoh baka lembu pedaging yang biasa diternak di Malaysia.

  1. Kedah-Kelantan
  2. Brahman
  3. Brangus
  4. Hereford
  5. Kacukan Droughtmaster

 

 

  1. Kedah-Kelantan (KK)
Sumber: http://jutawanternak.blogspot.my/2009/02/afiq-world.html

Sumber: http://jutawanternak.blogspot.my/2009/02/afiq-world.html

Lembu Kedah-Kelantan (KK) merupakan baka lembu tempatan. Ia menjadi pilihan utama penternak lembu pedaging di Malaysia kerana ia tahan akan pelbagai jenis jangkitan penyakit dan sesuai dengan iklim serta persekitaran negara kita. Ciri – ciri lembu KK adalah seperti berikut:

  • Kulit – berwarna coklat, merah coklat atau kelabu
  • Muka – rata
  • Kepala – lebar dan pendek
  • Tanduk – kecil
  • Badan – kecil dan tegap
  • Bahagian belakang – lurus dan sederhana besar
  • Kaki – pendek
  • Berat lahir – kira – kira 15.8 kg bagi lembu jantan dan 14.7 kg bagi lembu betina
  • Berat matang – antara 200-250 kg bagi lembu jantan dan 175 kg bagi lembu betina
  • Hasil daging – 45% daripada berat badan

 

  1. Brahman
Sumber: http://www.seluaslautan.com/2012/05/lembu-baka-brahman.html

Sumber: http://www.seluaslautan.com/2012/05/lembu-baka-brahman.html

Lembu Brahman berasal dari India dan merupakan keturunan lembu tropika (Bos indicus). Corak penternakan dan sistem kacukan yang terkawal di Amerika Syarikat membantu dalam meningkatkan mutu lembu Brahman. Ia mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di negara beriklim tropika. Selain itu, pertumbuhannya yang sangat cepat menjadikan lembu ini unik di negara-negara beriklim tropika.

Berikut merupakan ciri – ciri lembu Brahman:

  • Tahan terhadap parasit luar, tekanan haba dan cuaca panas
  • Sesuai untuk kerja – kerja lasak
  • Cepat membesar
  • Daging yang bermutu dan isi banyak diantara 400 hingga 450 kg
  • Kulit – berwarna putih, kelabu atau kemerahan, kelihatan berlipat – lipat
  • Telinga – lebar dan terkulai di bawah
  • Terdapat bonggol di belakangnya
  • Berat lahir – 22 hingga 27 kg
  • Berat matang – kira – kira 900 kg bagi lembu jantan dan 520 kg bagi lembu betina

 

  1. Brangus
Sumber: https://www.pinterest.com/pedroruelas44/cattle/

Sumber: https://www.pinterest.com/pedroruelas44/cattle/

Lembu Brangus merupakan kacukan lembu betina 3/8 Brahman dan 5/8 pejantan Angus. Ia dikembangbiak di Craig Country, Amerika Syarikat. Berikut merupakan ciri – ciri lembu Brangus:

  • Ciri khas – bertanduk kecil dan berwarna hitam
  • Tahan cuaca yang panas
  • Tahan gigitan serangga
  • Mewarisi bonggol dari baka Brahman
  • Produktiviti tinggi – diwarisi dari induk jantan (Aberden Angus)
  • Mudah menyesuaikan diri dengan tempat yang kurang bermutu

 

  1. Hereford
Sumber: https://www.pinterest.com/pedroruelas44/cattle/

Sumber: https://www.pinterest.com/pedroruelas44/cattle/

Lembu Hereford adalah lembu tulen berasal dari Herefordshire County, England. Ia dikembangbaik di Amerika Syarikat. Ciri – ciri lembu Hereford ialah:

  • Kulit – berwarna merah muda hingga merah tua
  • Muka, dada dan kaki berwarna putih
  • Tanduk – ada yang bertanduk, ada yang tidak bertanduk
  • Tubuh – rendah, lebar berotot, padat serta tegap
  • Badan – berbentuk bongkah dan sesuai dipelihara sebagai lembu pedaging
  • Berat matang – 830 kg bagi lembu jantan dan 540 kg bagi lembu betina
  • Pengeluaran daging yang tinggi
  • Cepat matang
  • Tahan lasak

 

  1. Kacukan Droughtmaster
Sumber: http://www.dunluce.com.au/bulls/sires.html

Sumber: http://www.dunluce.com.au/bulls/sires.html

Lembu Kacukan Droughtmaster berasal dari Australia. Ia merupakan hasil kacukan lembu Brahman dan Shorthorn. Ia telah dikembangbiak secara komersial oleh para penternak. Ciri – cirinya adalah seperti berikut:

  • Tahan suhu dan kelembapan tinggi serta tahan akan serangan parasit luar
  • Mempunyai tahap kesuburan tinggi, cepat membesar dan mudah diuruskan
  • Kulit – berwarna kemerahan dan merah tua
  • Biasanya tidak bertanduk
  • Telinga – sederhana besar dan mempunyai lambir yang jelas kelihatan
  • Berat matang – kira – kira 830 kg bagi lembu jantan dan kira – kira 500 kg bagi lembu betina
  • Matang apabila mencapai umur kira-kira 630 hari
  • Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari
  • Berat boleh mencapai lebih kurang 330 kg apabila mencecah umur 2 tahun

 

Sekian, selamat membaca dan harap membantu.

 

SUMBER:

Buku Panduan Ternakan Lembu Pedaging, Taman Pertanian Universiti, UPM.

Potensi Industri Lembu Pedaging

 

Ditulis oleh: Eugennie Chai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinterest