BUNGA KANTAN

Etlingera elatior atau di Malaysia lebih dikenali sebagai bunga kantan merupakan tumbuhan herba yang boleh hidup sepanjang musim. Bunga kantan  adalah daripada keluarga Zingiberaceae sama seperti halia. Sepsis ini jarang-jarang sekali ditemui kerana habitatnya adalah di kawasan hutan hujan tropika Malaysia dan hidup meliar. Tidak terkajut sekiranya sekuntum bunga kantan mahal harganya. Bunga kantan sangat cantik. Ia mempunyai warna merah jambu yang sangat menawan.

cantik kan! kalau di luar negara bunga yang boleh dimakan adalah 'cauliflower'. di Malaysia pula, bunga yang boleh dimakan adalah bunga kantan.

Cantik kan! Kalau di luar negara bunga yang boleh dimakan adalah ‘cauliflower’. Di Malaysia pula, bunga yang boleh dimakan adalah bunga kantan.

Bunga kantan digunakan dalam bahan masakan sangat meluas. Di Thailand, bunga kantan digunakan sebagai bahan ‘salat inai’. Di Malaysia pula, bunga kantan amat popular dalam bahan masakan laksa, kerabu, tomyam dan kerabu tuhau iaitu sejenis makanan yang popular di Sabah.

Bunga kantan membiak melalui ‘rhizome’ iaitu umbisi. Umbisi ini adalah bahagian bawah pokok menyerupai seperti akar tetapi kegunaannya untuk penyimpan makanan pokok. Contoh yang senang untuk lebih memahami seperti keladi. Sekiranya mahu menggambilnya daripada pokok induk, kita perlu menggalinya untuk mengeluarkan umbisi tersebut dan bolehlah pindahkan nya ke tempat yang mahu kita tanam.

Kawasan yang sesuai untuk tanam pokok bunga kantan adalah di kawasan yang sedikit berair dan mempunyai kelembapan yang tinggi. Hal ini kerana pokok bunga kantan ini memerlukan air yang mencukupi untuk membesar. Pokok bunya kantan mengambil masa kira-kira setahun untuk mengeluarkan bunganya yang sulung (pertama). Selepas pengeluaran bunga yang pertama, ia akan sentiasa berbunga sekiranya keadaan sekeliling sesuai untuk ia berbunga.

Ini pokok bunga kantan. Ia sangat tinggi dan cepat membiak sekiranya keadaan sekeliling yang amat baik.

Ini pokok bunga kantan. Ia sangat tinggi dan cepat membiak sekiranya keadaan sekeliling yang amat baik.

Pokok bunga kantan amat cepat membesar. Ia boleh meninggi kira-kira 15-20 kaki. Kita perlu melakukan kerja-kerja pengurusan yangbaik untuk mendapatkan hasil yang optimum seperti melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan tanaman pokok bunga kantan agar tidak kelihatan semak dan menggunakan keratin batang yang telah dipotong sebagai sungkupan tanah bagi kawasan tanaman pokok bunga kantan untuk mengelakan pertumbuhan rumpai serta mengekalkan kelembapan tanah untuk menbantu pokok berbunga lagi.

Sekiranya kawasan rumah tuan dan puan luas, bolehlah menanam pokok bunga kantan sebagai kegunaan masakan seharian. Pasti lebih segar dan sedap! Semestinya lebih selamat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinterest