Cara Buat Perangkap Feromon Kumbang Badak

Dah lama saya nak buat perangkap feromon untuk kumbang badak ni. Bukan ada masalah kumbang sangat pun, saja nak praktik ilmu. Tak puas kalau sekadar tahu teori.

Perangkap yang saya nak buat ni berfungsi menangkap kumbang badak (atau dipanggil kumbang tanduk) daripada spesies Oryctes rhinoceros. Spesies kumbang badak ada banyak, yang paling bermasalah dalam ladang kelapa sawit ialah spesies yang ini.

Oryctes rhinoceros

Ini Oryctes rhinoceros. Perhatikan tanduknya. Kalau bercabang dua itu bukan Oryctes rhinoceros. Serupa tapi tak sama.

Sebagaimana namanya, konsep perangkap feromon ialah menarik perhatian para kumbang yang bertebaran untuk masuk ke dalam perangkap. Sejenis kimia (ethyl-4-methyloctanoate) digunakan sebagai feromon sintetik dalam perangkap ini.

Ini dia feromon yang kita akan gunakan:

Feromon dijual dalam sampul kedap udara. Mahal harga dia, tapi kalau dibandingkan dengan hasilnya, ia dikira berbaloi.

Feromon dijual dalam sampul kedap udara. Mahal harga dia, tapi kalau dibandingkan dengan hasilnya, ia dikira berbaloi.

Ini feromonnya. Warna merah, cair. Feromon ini akan dilepaskan perlahan-lahan ke udara

Ini feromonnya. Warna merah, cair. Feromon ini akan dilepaskan perlahan-lahan ke udara

Feromon ialah hormon yang dirembeskan oleh haiwan untuk mempengaruhi tindakan haiwan lain dalam spesiesnya. Manusia pun ada mengeluarkan feromon. Sebab itu lelaki tertarik kepada perempuan dan perempuan tertarik kepada lelaki.

Dalam kes ini, feromon kumbang badak akan menarik perhatian kumbang badak yang lain untuk datang ke perangkap yang dipasang. Menurut catatan dalam Insects on Palms, ethyl-4-methyloctanoate ialah feromon kumbang jantan, di mana ia berfungsi untuk menarik kumbang betina untuk datang mengawan. Saya agak, perangkap ini turut menarik kumbang jantan untuk datang berlawan. Wallahua’lam. Ni pendapat saya je.

Perangkap feromon biasa dipasang pada kawasan kelapa sawit muda sebab serangan kumbang badak paling ketara dan memberi kesan kepada kelapa sawit muda. Kumbang badak ni dia akan korek batang dan pelepah kelapa. Tak cukup dengan tu, habis daun kelapa pun kena serang.

Baiklah, kita teruskan dengan cara membuat perangkap feromon. Ini bahan-bahan yang saya gunakan untuk membuat perangkap feromon:

-baldi
-zink yang dicat dengan warna hitam
-feromon (Sime RB Pheromone).
-kayu
-tali
-paku

Kita mulakan dengan membuat tiang:

kayu

Mula-mula buat dua tiang pendek. Yang panjang tu saya buat lebih kurang 2 depa. Tinggi tiang ini selepas ditanam sebaiknya 3 ke 4 meter.

Pakukan sebatang paku pada tiang yang panjang, kira-kira apabila ditanam ke tanah, paku ini mudah dicapai oleh tangan kita.

Pakukan sebatang paku pada tiang yang panjang, kira-kira apabila ditanam ke tanah, paku ini mudah dicapai oleh tangan kita.

Untuk kayu yang kedua pula, letakkan paku di salah satu hujungnya.

Untuk kayu yang kedua pula, letakkan paku di salah satu hujungnya.

Cantumkan kedua-dua kayu tersebut begini

Cantumkan kedua-dua kayu tersebut begini.

kuda-kuda kekuda

Pasang kekuda pada bahagian yang dicantum supaya tiang kita kukuh.

gali lubang

Ok, sekarang gali lubang untuk tanam tiang tadi. Saya buat dalamnya paras siku saya.

Tanam tiang tadi dan buat 'piling' macam ni. Boleh guna apa jenis kayu untuk mampatkan tanah sekitar tiang tadi. Tujuannya supaya tiang tertanamdengan kukuh.

Tanam tiang tadi dan buat ‘piling’ macam ni. Boleh guna apa jenis kayu untuk mampatkan tanah sekitar tiang tadi. Tujuannya supaya tiang tertanam dengan kukuh.

Dah siap tanam tiang, kita lubangkan baldi. Lubang ni dibuat tujuannya supaya air tak bertakung terlalu banyak dalam baldi jika hujan turun. Kalau air terlalu banyak, takut tiang patah sebab berat sangat. Saya tinggikan sikit lubang ni supaya air dapat bertakung dan melemaskan kumbang badak. Biar dia mati lemas daripada mati kelaparan. Kesian...

Dah siap tanam tiang, kita lubangkan baldi. Lubang ni dibuat tujuannya supaya air tak bertakung terlalu banyak dalam baldi jika hujan turun. Kalau air terlalu banyak, takut tiang patah sebab berat sangat. Saya tinggikan sikit lubang ni supaya air dapat bertakung dan melemaskan kumbang badak. Biar dia mati lemas daripada mati kelaparan. Kesian…

Lepas tu lubangkan zink hitam kita untuk letakkan feromon. Saya guna paku dan playar untuk buat lubang. Tujuan lubang ni adalah untuk membolehkan bau feromon tersebar ke semua arah.

Lepas tu lubangkan zink hitam kita untuk letakkan feromon. Saya guna paku dan playar untuk buat lubang. Tujuan lubang ni adalah untuk membolehkan bau feromon tersebar ke semua arah.

Cantumkan zink ke bahagian atas baldi dan ikatkan dawai pada baldi.

Cantumkan zink ke bahagian atas baldi dan ikatkan dawai pada baldi.

Siap! Sangkutkan baldi pada tiang yang ditanam tadi

Siap! Sangkutkan baldi pada tiang yang ditanam tadi.

Perhatikan tali yang saya gantung tu. Tali tu disangkut pada paku di hujung kayu yang pendek dan ditambat pada paku di kayu yang satu lagi. Sesetengah orang gunakan takal, tapi saya guna paku je.

Sekian cara saya, budak baru belajar. Kalau ada mana-mana yang silap bolehlah berikan pandangan untuk penambah baikan.

Sekian, semoga bermanfaat.

 

Komen Pembaca

  1. By Kok siew hong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinterest