Cara Elak Buah dan Bunga Gugur

Larutan baja kalfos baik untuk perkembangan sistem akar, melebat dan berupaya mengelak buah dan bunga dari gugur. Juga membantu pokok untuk menyerap baja.

Cara membuat Kalfos

Bahan :

  1. 1 mangkuk kulit telur/ kulit kerang/kulit siput/kulit udang atau campuran kulit-kulit ini. Hancurkan sederhana halus.
  2. 5 mangkuk cuka organik. Boleh guna cuka nipah/beras dll.

Cara membuat :

  1. Goreng kulit kerangan/telur hingga separuh hangit. Sejukkan.
Sangai dalam kuali atau apa apa bekas yg tahan api. Sangai tu ertinya goreng tanpa minyak.

Sangai dalam kuali atau apa apa bekas yg tahan api. Sangai tu ertinya goreng tanpa minyak.

Dah siap sangai sampai separuh hangit.

Dah siap sangai sampai separuh hangit.

  1. Masukkan cuka dalam bekas plastik.
  2. Masukkan kulit yang digoreng. Tindakbalas kimia akan berlaku. Buih-buih akan muncul. Jangan panik. Biar je. Jangan menjerit juga.
Bila campur dgn cuka, ada buih2. Ini kira kurang dahsyat buihnya. Ada org buat buihnya besar2.

Bila campur dengan cuka, ada buih-buih. Ini kira kurang dahsyat buihnya. Ada orang buat buihnya besar-besar.

Boleh nampak kulit telur turun naik. Ralit kalau tengok lama-lama. Tak percaya boleh try perhati lama-lama. Syiok tau...

Boleh nampak kulit telur turun naik. Ralit kalau tengok lama-lama. Tak percaya boleh try perhati lama-lama. Syiok tau…

  1. Bila buih dah berhenti mengamuk, tutup bekas.
  2. Simpan 20 ke 30 hari. Lepas tempoh itu, tapislah. Simpan elok-elok.

Cara guna :

  1. Cairkan kalfos. 5 – 10 ml kalfos + 1L air.
  2. Sembur pada bahagian bawah daun, batang dan buah pokok. 1 atau 2 kali seminggu.
  3. Boleh diguna bersendirian atau dicampur bersama baja organik lain.

 

Sekian,

Salina Shamsudin

Jemput like page IlmuTani.com

Komen Pembaca

  1. By Azlins

  2. By kamal

  3. By Nurafidah Ahmat

  4. By Salina Shamsudin

  5. By Jen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinterest