Cara Membiakkan Pokok Melalui Keratan Batang – Tanpa Tanah

Pokok boleh dibiakkan melalui banyak cara, antaranya melalui kaedah keratan batang. Kelebihan kaedah ini ialah, pokok yang dibiakkan lebih cepat membesar berbanding jika menggunakan kaedah semaian benih.

Selain itu, pokok yang terhasil kebiasaannya mempunyai ciri-ciri yang sama dengan pokok induk.Sebab itu, kita perlu mengambil keratan batang dari pokok yang sihat dan mempunyai ciri-ciri yang kita mahu.

Terdapat banyak jenis pokok boleh dibiakkan dengan manggunakan keratan batang. Contohnya pokok mulberry, bunga raya, bunga kertas, bunga ros, bunga melor, moringa dan roselle. Banyak lagi sebenarnya. Anda cubalah biakkan mana-mana pokok dengan kaedah ini dan lihat pokok mana yang boleh, pokok mana yang tidak boleh.

 

Secara umumnya terdapat tiga jenis keratan batang iaitu:

  • Keratan kayu lembut
  • Keratan kayu sederhana keras
  • Keratan kayu keras

 

Sila rujuk gambar di bawah untuk lebih pencerahan:

sumber gambar: https://kht1k1.wordpress.com/nota-pembelajaran/bab-6-tanaman-hiasan/pembiakan-secara-keratan-batang/

sumber gambar: https://kht1k1.wordpress.com/nota-pembelajaran/bab-6-tanaman-hiasan/pembiakan-secara-keratan-batang/

Selalunya kita menggunakan tanah sebagai medium untuk menanam keratan batang, tetapi kali ini saya kongsikan kaedah yang tidak memerlukan tanah.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

  • Mula-mula, baca bismillah dan berdoa. Kan Allah yang tumbuhkan pokok-pokok ni.
  • Selepas itu, bancuh 3mL Liguano dengan 500 mL air.
  • Ambil keratan yang sudah dipilih daipada pokok yang kita mahu, yang sihat dan bebas penyakit. Ambil keratan yang berdiameter 1-1.5 cm. Seeloknya keratan dipotong waktu pagi atau selepas hujan.
  • Gunakan pisau atau gunting yang bersih dan tajam semasa membuat kerja-kerja pemotongan keratan.
  • Bersihkan keratan dan hiris hujungnya secara serong untuk meluaskan permukaannya.
  • Rendam keratan dalam larutan Liguano tadi.

11892133_1605508159721390_2672932355159040901_n

  • Sungkupkan seluruh keratan dengan botol atau beg plastik. Buat sedikit lubang untuk membenarkan udara mengalir
  • Setiap hari siram keratan dengan larutan Liguano pada waktu awal pagi dan malam.
  • Letakkan keratan di bawah cahaya matahari separa teduh apabila tunas daun mula keluar.
  • Apabila akar mula keluar, sudah boleh pindahkan ke pasu!

 

Eh, Liguano ni apa?

Liguano ialah penggalak tumbesaran tanaman yang diperkaya dengan hormon sitokinin. Liguano membantu tumbuhan berkembang lebih cepat, kuat dan sihat.

Kalau anda tidak mahu menggunakan Liguano dalam kaedah di atas, anda boleh cuba menggunakan produk lain yang mempunyai fungsi yang hampir sama. Tapi, anda cuba atas risiko sendiri sebab saya tak pernah cuba. Saya cuma cuba dengan Liguano.

 

Sekian,

Shahrin Adam,
Kuching, Serawak.

Jemput like page IlmuTani.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinterest