Cara Membuat MOL dan Kegunaannya Kepada Tanaman

Salam semua sahabat. Kali ini saya mengepos cerita tentang MOL. Mari sama sama mentelaah. Pesan saya untuk semua, baca, baca dan baca dulu, baru bertanya. Cikgu kelas dewasa ini juga sudah tulis, edit, edit dan edit sebelum post.

Klik pada setiap gambar, ada penerangan tambahan saya sediakan. Semoga kita semua mendapat manfaat dari ilmu yg sedikit ini.

MOL : CARA PEMBUATAN DAN PENGGUNAAN

Apakah itu MOL

MOL ialah singkatan dari perkataan Mikroorganisma Lokal. Istilah ini berasal dari Indonesia. MOL pada dasarnya ada benda yang sama dengan FAA (Fish Amino Acid), FPJ (Fermented Plant Juice), FFJ (Femented Fruit Juice). Bagi saya, menggunakan istilah MOL lebih mudah, tak mengelirukan dan senang nak tulis dan sebut. Lidah tak tergeliat.

Mol adalah baja dan penggalak tanaman yg terhasil dari peraman bahan tertentu, contohnya sayuran, buahan, bawang, ikan, kekacang bersama gula merah. Setiap bahan yg digunakan untuk membuat mol mempunyai khasiatnya yg tersendiri. Mol yg baik; bila digandingkan semasa pembajaan, lengkap unsur NPKnya.

  • Mol ikan kaya dgn unsur Nitrogen ( N ) ; penting untuk pertumbuhan batang, cabang dan daun pokok. Mol ikan kaya dgn vitamin, mineral dan minyak semulajadi ikan. Lebih banyak zat dan khasiat dalam mol ikan berbanding minyak ikan yg kita beri pada anak anak. Tapi tolong jangan beri mol ikan pada anak anak.

  • Mol kangkung dan bawang adalah pembekal hormon pertumbuhan pada pokok.

  • Mol pisang membekalkan unsur kalium/pottassium (K) yg penting untuk menggalakkan pembungaan dan pembuahan.

  • Penggunaan baja tahi ayam/kambing/lembu/kuda melengkapkan keperluan NPK tanaman. Begitu juga penggunaan Calphos, baja tulang dsbnya.

  • Mol boleh tahan hingga bertahun. Namun begitu jika mencapai umur lebih dari 6 bulan dan jika mol sudah berbau ammonia, tambahkan sedikit gula merah.

cara membuat mol

Gambar mol saya. Hiasan di dapur saya.

Kenapa menggunakan gula merah?

  • Gula merah berupaya ‘memerah keluar’ khasiat bahan yg diperam.
  • Gula merah juga bertindak sebagai pengawet pati bahan yg diperam, jadi pati ini tahan lama.
  • Gula merah juga adalah makanan kepada bakteria yg terdapat dalam bahan peraman.

Resepi yg saya berikan (bukan resepi saya) adalah resepi asas. Tuan puan boleh gunakan kreativiti dan imaginasi untuk menambah dan membuat sendiri mol mol yg mungkin kita tidak pernah terfikir boleh dibuat.

Berikut ialah resepi membuat mol yang boleh anda gunakan:

mol ikan

Untuk mendapatkan nitrogen tambahan, bahan lain seperti tumbuhan kekacang, kacang soya, juga boleh dibuat mol. Najis haiwan juga adalah tinggi kandungan N. Mol ikan bertindak sbg pengurai bakteria dlm tanah. Amat penting semasa peringkat awal pertumbuhan anak pokok dan sayuran berdaun.

mol pertumbuhan

Bahan lain yg juga punyai hormon pertumbuhan yg tinggi ialah bawang merah, rebung, pangkal pisang, pucuk tumbuhan sekulen, aloe vera, daun ketapang dll.

Bahan lain yg kaya dgn unsur K termasuklah sukun, betik, mempelam, tomato, kentang, keledek,labu, kacang dal, bayam, daun kelor (remunggai), rumpai laut, air rendaman cocopeat dll.

Bahan lain yg kaya dgn unsur K termasuklah sukun, betik, mempelam, tomato, kentang, keledek,labu, kacang dal, bayam, daun kelor (remunggai), rumpai laut, air rendaman cocopeat dll.

Artikel ini turut dituliskan di sini:

https://www.facebook.com/groups/jomtanamsendiri/permalink/737170549746473

 

Sekian,

Salina Shamsudin

Jemput like page IlmuTani.com

 

Komen Pembaca

  1. By Gila-Gila Kebun

  2. By Salina Shamsudin

  3. By Hapipah Hashim

  4. By salina shamsudin

  5. By Salina Shamsudin

  6. By ingin tahu

  7. By Hapipah Hashim

  8. By Hapipah Hashim

  9. By azlin

  10. By salina shamsudin

  11. By salina shamsudin

  12. By salina shamsudin

  13. By salina shamsudin

  14. By u.zahar u.khalid

  15. By Aisah

  16. By Aisah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinterest