Cara Pantas Membuat Kompos

Saya nak belanja cara buat kompos yang cepat boleh dituai dan tinggi kandungan nitrogen. Caranya mudah saja dan bahan2 semuanya boleh dibuat atau cari sendiri.

Bahan2nya:
1. Bahan kering berkarbon atau brown material (contohnya kotak telur/kotak kadbod/kertas suratkhabar/daun2 kering/kayu2 dan ranting reput etc)

kompos1

  1. Bahan hijau (sisa dapur organik/rumput potong/bahan cantasan dari kebun etc)

kompos2
3. Baja roti (air roti yang dah diperam sekurang2nya 3 hari)
4. Air gula merah atau air kelapa.
5. Ammonia (boleh beli di farmasi) atau urea (di kedai pertanian). Saya guna air kencing arnab.

Cara2nya:
*Bahan 3, 4, 5 gaulkan rata dan campur air hujan yang banyak. 1 bahagian bahan dengan 10 bahagian air hujan (atau air tanpa klorin). Masukkan dalam bekas penyiram.

  1. Buat longgok kompos ditanah, dimulai dengan selapis bahan kering. Siram dgn larutan yang kita buat tadi hingga lembap.

  2. Kemudian letak selapis bahan hijau. Siram lagi.

  3. Kemudian selapis nipis tanah atau kompos yg dah siap (tak letak pun takpe tapi kalau letak lagi cepat..sebagai starter). Siram lagi.

Ulang kaedah 1, 2, 3 sampai habis. Bahagian paling atas pastikan lapisan kering (brown material). Siram dan tutup dengan kain terpal/plastik/plywood.

Selepas 4 hari dah boleh diadukkan. Bahagian tengah kompos akan rasa panas. Adukkan setiap 4-5 hari. Siram sikit jika nampak macam kering. Selepas 2-3 minggu dah boleh guna dah kompos ni.

kompos3

Memandangkan kaedah ni pantas jadi kandungan nitrogen masih banyak dalam kompos ini. Sesuai digunakan sebagai baja/perawatan tanah lama/dan dicampur dalam tanah semaian anak pokok.

kompos4

#ilovecompost
#jomgunasemula
#earthfriends

 

Artikel ini ditulis oleh Puan Liza
Ikuti perbincangan mengenai tulisan ini DI SINI

Jemput like page IlmuTani.com

Komen Pembaca

  1. By nuna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinterest