Cara Pemilihan Baka Lembu Pedaging

Sebelum memilih baka lembu, para penternak hendaklah tahu tujuan mereka menternak lembu pedaging. Kenapa ya? Sudah semestinya untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan bukan? Oleh itu, mereka perlulah memilih baka yang sesuai. Baka yang sesuai boleh menghasilkan pulangan yang lumayan sekaligus membantu dalam meningkatkan pendapatan.

Sesuai macam mana tu? Nak tahu? Jom, sama-sama baca info pemilihan baka ini.

Pemilihan baka yang baik perlulah memenuhi sifat-sifat yang dikehendaki oleh para penternak. Pemilihan baka boleh dilakukan berdasarkan beberapa ukuran berikut:

  1. Baka dan keturunan
  2. Bentuk badan atau konformasi
    a. Teknik pengamatan
    b. Teknik berdasarkan penilaian (pemberian markah)

 

  1. Baka dan keturunan

Semua penternak menginginkan baka dan keturunan yang terbaik. Berikut merupakan ciri-ciri pemilihan baka pejantan.

  • Daya biak
  • Mempunyai ciri karkas yang baik
  • Hasil daripada bibit (induk) dan baki jantan yang baik
  • Peratus daging tinggi berbanding peratus tulang
  • Kandungan lemak karkas yang rendah
  • Tahan terhadap haba, parasit, penyakit
  • Induk tidak pernah dijangkiti penyakit berbahaya
  • Sihat dan padat tubuh badan
  • Kaki yang kuat dan tegap terutamanya kaki belakang

 

Lembu jantan yang dipilih sebagai pejantan perlu dinilai dari segi kebolehannya untuk membiak. Penilaian tersebut seeloknya dilakukan oleh Pegawai Veterinar yang mempunyai pengetahuan luas serta berpengalaman dalam pembiakan haiwan. Penilaian ini dapat membantu dalam mengenalpasti pejantan yang tidak mampu menghasilkan persenyawaan ketika mengawan.

Lembu jantan tersebut perlulah diasingkan kerana tidak sesuai untuk dijadikan baka. Contoh – contoh masalah yang selalu dihadapi oleh lembu pejantan ialah kecacatan kaki, bengkak sendi (lutut), ketumbuhan diantara kuku yang boleh menyebabkan kesakitan ketika berjalan atau mengawan. Lembu jantan yang mempunyai satu testis sahaja tidak sesuai untuk dijadikan pejantan kerana mudah dijangkiti penyakit.

 

Pemeriksaan lembu jantan selok – eloknya dilakukan dua (2) bulan sebelum musim pembiakan. Sampel air mani boleh diambil dengan kaedah mengurut kelenjar vaskular. Penilaian air mani dilakukan berdasarkan kepada warna, pergerakan sperma dan kepekatan air mani.

Warna – air mani yang elok adalah berwarna putih kekuningan seakan – akan warna krim.

Pergerakan – air mani yang elok mampu bergerak lurus ketika dianalisa menggunakan mikroskop.

Kepekatan – air mani yang elok adalah pekat.

 

Selain itu, kesihatan lembu jantan juga perlu diambil kira. Kebiasaannya, lembu jantan jarang menunjukkan simptom penyakit walaupun ia telah dijangkiti. Oleh sebab itu, ujian darah perlulah dilakukan untuk mengenalpasti lembu jantan yang mempunyai penyakit. Ujian darah ini amat penting bagi tujuan pengasingan dan penakaian lembu jantan yang berpenyakit.

 

  1. Bentuk badan atau konformasi

a. Teknik pengamatan

Pengamatan dari segi sifat iaitu warna, kulit, saiz badan, leher, bahu, dada, rangka, badan, bahagian belakang, kaki hadapan, kaki belakang, tapak kaki, buah zakar dan zakar, puting susu, tabiat dan kesihatan lembu.

b. Teknik berdasarkan penilaian (pemberian markah)

Memberikan gred kepada setiap rangka badan yang dinilai. Contohnya, kepala, badan, kaki, anggota (sikap, kekuatan, besarnya persendian dan pergerakan), ambing/skrotum, pengambilan secara umum (keseimbangan antara bahagian tubuh), dayabiak dan keistimewaan lembu tersebut.

Sekian, selamat membaca dan harap membantu.

 

 

SUMBER:

Buku Panduan Ternakan Lembu Pedaging, Taman Pertanian Universiti, UPM.

Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang.

 

Ditulis oleh: Eugennie Chai

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinterest