Cara Saya Buat Tempat Ayam Bertelur

Dulu saya guna kain buruk untuk sediakan tempat ayam bertelur. Masalahnya ayam ni sebelum dia bertelur dia suka kais-kais dulu untuk sediakan tempat yang selesa. Sudahnya telur-telur yang lain tersorok bawah kain buruk, berterabur. Kain buruk tu pula kotor dengan tahi ayam dan perlu dibasuh.

Mencari cara yang lebih baik, saya terfikir untuk gunakan rumput kering. Kebetulann saya baru lepas potong rumput. Saya kumpulkan rumput yang telah dipotong dan dikeringkan untuk diletakkan pada tempat ayam bertelur.

rumput kering

Banyak tak rumput kering? Itulah rumah ni dah naik semak sebab lama tak potong

Rak tempat ayam bertelur

Rak tempat ayam bertelur

Ayam kampung saya bertelur dengan gembiranya. Dia dah start mengeram tapi bila saya datang dia cabut lari.

Ayam kampung saya bertelur dengan gembiranya. Dia dah start mengeram tapi bila saya datang dia cabut lari. Telur yangbesar sikit tu telur itik saya tumpangkan.

Ayam sukakan tempat yang agak tersorok dan mempunyai privasi daripada sebarang gangguan. Jadi, letakkan tempat telur mereka pada bahagian yang redup, jauh daripada tempat ayam bersosial. Letak lebih rendah daripada tempat mereka bertenggek untuk mengelakkan ayam ke situ selain untuk bertelur.

InsyaAllah, lagi 3 minggu keluarlah anak ayam baru. Yeay!

 

Sekian, semoga bermanfaat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinterest