Cara Tanam Pokok Sirih

Sirih merupakan tumbuhan menjalar yang memanjat batang pokok atau kayu yang ada di sekitarnya. Tergolong dalam keluarga Piperaceae, nama saintifik sirih ialah Piper Betle. Tanaman ini hidup pada iklim tropika dan sesuai ditanam pada tanah yang gembur dan tidak terlalu lembab.

cara tanam sirih 4

Sirih mempunyai banyak manfaat terutamanya dalam perubatan tradisional. Semasa saya kecil, saya pernah melihat seorang nenek membuat ubat kudis buta daripada campuran daun sirih dan bahan-bahan lain. Banyak lagi kegunaan daun sirih yang kita tak tahu. Tanam sahaja, mungkin satu masa nanti kita atau orang lain akan memerlukannya.

 

Baiklah, kita teruskan dengan cara menanam sirih. Kalau anda pernah cuba menanam sirih (tanpa teknik yang betul), tentu anda tahu betapa susahnya tanaman sirih tu nak menjadi kan? Saya pun pernah cuba dah keputusannya…. hampa. Haha

Cara yang akan anda baca ini asalnya dikongsikan oleh Puan Salina Shamsudin di sini. Saya kongsikan di blog ini dengan keizinan beliau.

Langkah pertama, ambil batang sirih sepanjang 2 kaki.

cara menanam sirih

Langkah kedua, buang semua daun yang ada pada batang sirih dengan meninggalkan sedikit daun di hujungnya. Kemudian buat lingkaran seperti dalam gambar.

cara menanam sirih

Seterusnya, tanam lingkaran tadi. Jangan tanam terlalu dalam. Cukup sekadar menutup lingkaran tadi, dengan membiarkan kedua-dua hujung berada di atas tanah. Selepas tanam, siram batang sirih tu. Selesai.

cara menanam sirih

Selepas sirih tumbuh, jagalah dengan penuh kasih sayang dan cinta. Hehe

 

Sekian, semoga bermanfaat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinterest