CENDAWAN (Penyediaan Media Cendawan)

                Terdapat 2,000 spesis dan lebih 10,000 varieti cendawan di dunia. Cendawan terbahagi kepada dua iaitu cendawan beracun dan cendawan tidak beracun. Cendawan beracun tidak boleh dimakan sama sekali manakala cendawan tidak beracun pula yang manusia boleh makan dan ada yang tidak boleh dimakan oleh manusia. Zaman teknologi yang canggih ini, pelbagai cendawan telah diteknologikan dan dikomersialkan. Sebagai contoh, cendawan busut telah diteknologikan kepada cendawan butang dan juga cendawan lenzi telah diteknologikan kepada cendawan tiram.

            Cendawan memberikan kepentingan kepada manusia dari segi makanan, perubatan, minuman, hiasan dan pendapatan. Cendawan hidup menumpang pada pokok dan haiwan. Cendawan berinteraksi dengan pokok kerana menjadikan pokok sebagai tempat tinggal, untuk mendapatkan makanan dan juga sebagai penguraian kepada pokok yang sudah mati. Begitu juga interaksi pokok dengan haiwan, selain sebagai ejen penguraian yang terbaik malah cendawan mendapat perlindungan dan makanan daripada haiwan.

                Cendawan amat penting untuk manusia kerana terdapat banyak nutrient berkhasiat yang terkandung dalamnya. Antaranya, cendawan mempunyai sumber protin dan karbohidrat untuk kegunaan manusia, sumber vitamin D, zat potassium untuk bantu kestabilan dan kelancaran pengaliran darah, kuatkan saraf dan otot, zat kalsium untuk kuatkan tulang serta gigi, sumber vitamin B kompleks dan sumber tenaga. Cendawan straw adalah cendawan yang terbaik kerana ia boleh membendung kuman dan virus yang akan menyebabkan ketumbuhan.

 

Penyediaan Media Cendawan

  1. Media Cendawan
  • Jenis media yang digunakan adalah serbuk kayu getah, dedak padi (gred 1), dan kapur pertanian.
  • Nisbah yang digunakan adalah 100:10:1
  • Kelembapan air pada 75% (serbuk campuran itu boleh dikepalkan).

 

  1. Pembungkusan Media
  • Anggaran berat satu PP Beg adalah 700-800 g.
  • Disusun dalam bakul dengan nisbah 1:15.
  • Ketinggian harus diselaraskan.

 

  1. Pengukusan PP Beg

PP Beg dikukus selama 5-6 jam.

  • Kapasiti sekali kukus adalah 800 beg.
  • Tujuan pengukusan adalah membasmi kuman dan bacteria dan mempercepatkan reaksi antara tiga media.
  • Kapur (CaCO3) yang digunakan adalah sebagai pemangkin.

 

  1. Suntikan Benih Cendawan
  • Benih yang disuntik dikenalai sebagai mycelium.
  • Sebanyak 500g yang disuntik ke dalam media.
  • Pembawa bagi mycelium adalah gandum, bali, jagung, dan sekoi.

 

  1. Pemeraman
  • Dilakukan selama 2 bulan untuk pertumbuhan mycelium.

 

  1. Penghasilan
  • Selepas 4-5 hari daripada tempoh pemeraman, premodia akan tumbuh.
  • Penuaian idealdilakukanselepas 3-4 jamdaripadapremodiatumbuhkeranacendawanitubersaizkomersial.
    digunakan sebagai salah satu media untuk penbenihan cendawan

    serbuk kayu getah digunakan sebagai salah satu media untuk penbenihan cendawan

    cendawan tiram yang berwarna kuning

    cendawan tiram yang berwarna kuning

    PP beg atau dikenalai sebagai bongkah kayu cendawan yang disusun di dalam bakul sebelum proses pengukusan

    PP beg atau dikenalai sebagai bongkah kayu cendawan yang disusun di dalam bakul sebelum proses pengukusan

Bongkah PP beg itu akan direhat selama 7-10 hari untuk penghasilan cendawan seterusnya dan bongkah tersebut boleh digunakan selama 5-9 kali.

Jemput like page IlmuTani.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinterest