Hidroponik dapat meningkatkan hasil tanaman para petani

Salam sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca sekalian

Pada hari ini, saya ingin menulis mengenai satu kaedah pertanian yang semakin mendapat tempat dalam kalangan petani moden di Malaysia. Kaedah ini sudah lama dipraktikkan di negara-negara maju seperti Eropah, New Zealand, Australia, Jepun dan Korea Selatan. Kaedah pertanian ini dipanggil hidroponik . Perkataan hidroponik berasal dari bahasa Latin iaitu ‘Triticum’  yang bermaksud pokok ditanam dengan menempatkan akarnya ke dalam larutan nutrien. Antara tanaman yang boleh menggunakan kaedah hidroponik ialah tanaman berdaun hijau, tamanan yang berakar dan taman berherba.

Larutan nutrien mengandungi setiap nutrien yang diperlukan oleh pokok untuk tumbuh dengan baik seperti nitrogen, phosphorus, potassium, calcium, magnesium, sulphur, iron, copper, boron, chloride dan sodium. Antara tujuan utama hidroponik ialah untuk membolehkan setiap nutrient yang diperlukan oleh pokok tersedia di dalam larutan nutrient dan boleh diserap oleh akar-akar pokok secara terus melalui air. Kaedah hidroponik ini tidak perlu menggunakan tanah sebagai medium penanaman !

Teknik pengeluarannya yang menjanjikan pulangan yang lumayan, bersih, tanpa bau yang tidak menyenangkan (kerana tidak menggunakan sebarang racun perosak) dan tidak membebankan tenaga para petani moden dilaporkan telah dapat menarik golongan tenaga muda untuk menceburkan diri ke dalam industri ini.

Antara keperluan asas untuk menyediakan hidroponik ialah:

  • Takungan Hidroponik
  • Penutup Polisterin
  • Bakul Media
  • Benang Media
  • Baja / Nutrient Hidroponik
  • Cawan Penyukat (250ml)
  • Biji Benih – contohnya seperti salad dan kangkung

 

 

Antara kebaikan hidrponik ialah:

  1. Kaedah ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Petani tidak memerlukan tanah yang subur untuk melakukan kaedah hidroponik.
  2. Air untuk membuat larutan nutrient boleh digunakan pakai untuk beberapa kali (water is reused), ini juga dapat membantu menjimatkan penggunaan air kerana sistem hydroponik memerlukan 20 kali kurang keperluan air berbanding menggunakan tanah sebagai medium tanaman.
  3. Mengurangkan kehilangan nutrient melalui persekitaran. (Juga boleh menjimatkan wang anda ^^)
  4. Tidak memerlukan racun perosak, jika kita dapat menyediakan persekitaran yang sterile untuk pokok. Sterile ialah persekitaran di mana ia bebas daripada bakteria ataupun mikroorganisma, juga bermaksud persekitaran yang betul betul bersih. Keadaan yang steril amat penting ye bagi menggalakkan pertumbuhan pokok pada tahap yang optimum.
  5. Kita boleh mengawal setiap keseimbangan nutrien di dalam larutan nutrien tersebut.
  6. Tidak memerlukan pekerja yang ramai untuk melakukan tugas berat seperti tilling,cultivating,fumigation dan mulching.
  7. Pertumbuhan pokok tidak dipengaruhi oleh musim sepanjang tahun (boleh dilakukan sepanjang tahun !).
  8. Tanaman tumbuh lebih cepat menggunakan kaedah hidroponik berbanding penanaman yang menggunakan tanah (kerana akar menyerap secara terus semua nutrient yang diperlukan).
  9. Hidroponik merupakan satu teknologi yang terbukti boleh meningkatkan hasil tanaman para petani.
  10. Penuaian hasil lebih senang dilakukan. Hidroponik juga sering dijadikan sebagai hobi, boleh melegakan tekanan dan merupakan salah satu cara yang baik untuk meluangkan masa secara berkuliti bersama keluarga.

 

Kekurangan kaedah hidroponik ialah:

  1. Kos permulaan adalah lebih tinggi.
  2. Pengawasan yang lebih teliti perlu diberikan kepada tanaman.
  3. Memerlukan keperluan asas (air bersih dan tenaga eletrik) yang lebih sempurna.
  4. Tidak semua jenis tanaman boleh secara hidroponik (seperti pokok pisang dan rambutan)
  5. Penyakit bawaan air boleh memberi kesan terhadap pertumbuhan pokok.

 

Dibawah ini saya selitkan satu syarikat yang menjual peralatan asas untuk hidroponik di Malaysia. Bagi sesiapa yang berminat untuk memulakan kaedah penanaman secara hidroponik bolehlah mendapatkan set asas hidroponik dengan melayari link di bawah. Selamat mencuba ! J

http://www.mentahagromart.com.my/p/keperluan-hidroponik.html

 

 

Bahan bacaan tambahan mengenai hidroponik:

 

Oleh: Nur Afiqah Rahman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinterest