Idea dan Konsep Kebun di Rumah

Kini, ramai orang membuat kebun sendiri di rumah. Kepada yang baru nak memulakan pula pasti terfikir-fikir bagai mana nak buat kebun di kawasan tanah yang kecil. Kepada yang sudah lama melakukannya, anda boleh mengubah kebun anda sebagai sebuah kawasan yang indah dan menyegarkan di rumah. Saya ingin berkongsi dengan anda beberapa gambar untuk dijadikan idea pada kebun anda di rumah. Gambar-gambar ini saya cari untuk memberi sedikit gambaran untuk anda melakukannya.

Untuk tapak semaian bijih benih, anda boleh buat seperti gambar yang dibawah:

fb_img_1474083637516

Cara untuk membuat semaian biji benih.

Botol juga boleh dijadikan salah satu tempat semaian biji benih. Sekaligus, kite dapat mengurangkan kos untuk membeli tapak semaian biji benih. Kita perlu sahut Kempen kitar semula!

Botol juga boleh dijadikan salah satu tempat semaian biji benih. Sekaligus, kite dapat mengurangkan kos untuk membeli tapak semaian biji benih. Kita perlu sahut Kempen kitar semula!

Saya sarankan, kita tidak perlu membeli pasu-pasu yang mahal pon. Kita hanya perlu menggunakan hanya sedikit kreativiti dan kebijaksanaan kita untuk menggunakan barang yang sudah lama tak pakai di rumah. Anda carilah mana-mana barangan yang ada di dalam stor tu. Boleh juga kurangkan sikit barangan di stor yang banyak tapi tidak boleh diguna pakai lagi.

Berikut adalah gambar-gambar untuk dijadikan idea untuk konsep kebun anda. Ini sebagai rujukan. Saya yakin dan pasti, anda pasti mempunyai idea yang lagi gempak. Gambar-gambar ini hanya membantu anda serba sedikit sebagai pencetus idea.

Sayuran yang ditanam dalam tayar. Bolehlah anda menggunakan tayar kereta yang tidak guna tu daripada kita membakarnya.

Sayuran yang ditanam dalam tayar. Bolehlah anda menggunakan tayar kereta yang tidak guna tu daripada kita membakarnya.

 

Kayu pallet pon boleh dijadikan sebagai batas.

Kayu pallet pon boleh dijadikan sebagai batas.

Cantikkan!

Simple but nice!

Kalau dah banyak sayur yan ditanam, mungkin akan menjadi sumber pendapatan sampingan anda.

Kalau dah banyak sayur yan ditanam, mungkin akan menjadi sumber pendapatan sampingan anda.

Boleh jadi kawasan berehat bersama keluarga.

Boleh jadi kawasan berehat bersama keluarga.

Zink pon boleh jadikan sebagai batas.

Zink pon boleh jadikan sebagai batas.

Cantiknya!

Cantiknya!

Hiasan kawasan rumah.

Hiasan kawasan rumah.

Idea khas untuk anda yang duduk di kawasan perumahan flat. Di mana-mana pon kita boleh bercucuk tanam.

Idea khas untuk anda yang duduk di kawasan perumahan flat. Di mana-mana pon kita boleh bercucuk tanam.

Bagi mereka yang baru nak mulakan kebun di rumah, anda tak perlu rushing untuk memulakannya. Buat je perlahan-lahan. Tak susah pon. Perkara yang penting adalah anda perlu tahu apa jenis sayuran yang anda mahu tanam. Pastikan anda membeli biji benih sayuran yang baik. Kemudian, anda perlu membahagikan kawasan kebun tu kepada sayur-sayuran yang anda mahu tanam. Terpulanglah kepada anda bagaimana mahu merealitikan gambaran kebun anda. Yang paling penting, anda perlu menyiram, membaja dan merumpai kebun anda agar kebun anda kelihatan segar, kemas dan sihat. Hal ini akan membuat anda rasa sayang dan seronok melihat sayur-sayuran anda membesar.

Sekiranya anda ternampak ada serangga pada tumbuhan anda. Anda jangan terus sembur racun. Kalau sembur racun, dah tak organiklah sayuran anda. Anda perhatikan dahulu simptom-simptom dulu. Kalau teruk sikit-sikit tu, anda biarkanlah dahulu. Di sini, saya bagi idea sikit. Sekiranya, anda ada anak kecil. anda boleh lah ajak anak-anak untuk bersama-sama tangkap serangga di kebun anda. Sekaligus, dapat mengeratkan silaturahim anda dengan anak-anak dan anak anda boleh tahu jenis-jenis serangga. Ini sebagai cadangan.

Sebagai rujukan anda boleh baca artikel ini. Klik sahaja tajuk di bawah untuk maklumat lanjut:

 [ Manfaat Kumbang Ladybird untuk Mengawal Perosak ]

[ Masalah Buah Berulat ]

[ Semut Pun Pandai Bertani ]

Jom like —> Page ilmutani.com !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinterest