Ilmu Tentang Pokok Kopi

Pagi tadi saya pergi ke ladang kopi. Besar ladang kopi saya. Eh bukan, saya tidak ada ladang kopi. Saya Cuma melawat ladang kopi UPM untuk kelas amali saya. Tempoh kelas ialah 3 jam dan ianya 100% amali di ladang.

Sebelum mula buat kerja, kami diberi penerangan serba sedikit oleh Tuan Haji Zaini selaku instruktor kami. Dapatlah saya sedikit sebanyak ilmu mengenai kopi. Ok, saya tuliskan apa yang saya dapat hari ini mengenai tanaman kopi. Baca ya.

Tanaman kopi termasuk dalam kategori tanaman minuman. Tanaman minuman lain selain kopi ialah teh, koko, kelapa dan lain-lain.

Kopi ni akan mula berbuah selepas 2.5 tahun ditanam. Jangka hayat dia boleh sampai 30 tahun. Lama kan? Hampir-hampir sama macam kelapa sawit. Walaupun saya masih ragu-ragu bahawa kopi boleh tahan sampai 30 tahun, tapi saya percaya sahaja sebab info ni Haji yang beritahu. Kalau salah, dia yang salah, bukan saya. Hehe.

Terdapat 3 jenis kopi iaitu arabica, liberica dan robusta. Kerja kami hari ini ialah memangkas pokok kopi liberica. Banyak kerengga woo. Habis melompat-lompat semua orang dikerjakannya. Haji dan staf lain saja yang steady control macho. Sudah imun mungkin.

Ladang kopi, biji kopi, buah kopi, pokok kopi

Rajin tak? Hehe

Dahan pokok kopi banyak, kalau dibiarkan merimbunlah pokok tu macam semak. Jadi, pokok kopi perlu dipangkas dahannya untuk supaya tidak terlalu rimbun. Masa mula-mula menuai, kita akan dapat banyak buah kopi. Tapi lama-lama, buah yang dikelurkan akan mula berkurang sebab nutrien dalam tanah banyak habis pada pokok saja.

Bukan itu sahaja, pokok kopi dipangkas untuk membenarkan cahaya matahari masuk dan memancar dengan cemerlang pada keseluruhan pokok terutama daunnya. Cahaya matahari ni sangat diperlukan oleh pokok untuk membuat makanan.

Aliran udara dalam rimbunan pokok kopi juga dapat dibaiki seterusnya mengelakkan serangan penyakit. Secara tidak sengaja tak langsungnya, pokok kopi kita jadi lebih kuat dan tahan lama. Agaknya itulah sebabnya hayat dia boleh sampai 30 tahun.

Lagi, dahan kopi perlu dipangkas supaya pokok kopi kuat, berbentuk cantik dan tidak tumbuh terlalu tinggi. Kalau tinggi sangat kan susah nak petik.

 

Ok, habis cerita pasal pangkas pokok kopi. Nak share pasal buah kopi pula. Buah kopi yang saya pangkas ni warnanya merah pekat. Tak tahulah kalau kopi ada warna lain. Cara nak makan kopi ni, senang saja. Ambil pisau atau gunting dan belah kulit buah tu pada garisan khatulistiwa dia (eh, boleh pakai ke istilah ni?) Ala, senang cerita belah dua la.

Ok, kupas kulit tu. Dia macam banyak serat sikit. Kulit ni saya buang, tak makan sebab tak sedap pun walaupun warnanya merah mengancam. Yang saya makan ialah selaput putih sekeliling biji kopi. Manis rasanya. Lepas kupas kulit dia, masukkan saja biji kopi dalam mulut dan kulum sehingga habis selaput putih tadi. Macam makan gula-gula.

Disebabkan haji dah berikan izin dan buah-buah kopi tu memang mahu dibuang, saya makanlah buah kopi sebanyak-banyaknya. Maklumlah, bukan selalu dapat petik buah kopi terus dari pokok. Lepas makan, terus saya simpan biji kopi tu, nak cuba tanam di rumah. Manalah tahu boleh buka ladang kopi pula.

Ini dia buah kopi yang saya petik:

buah kopi, biji kopi, pokok kopi

Sekian, semoga bermanfaat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinterest