JANGAN HANYA MEMERHATI TAPI PERLU DIHAYATI

Bila kita cakap saja pasal petani, mesti terlintas di fikiran petani adalah orang yang bercucuk tanam. Mereka becucuk tanam sebagai hobi mahupun kerjaya. Kerja-kerja berat dan kotor seperti yang hangat pada masa sekarang generasi tidak mahu bekerja di sektor 3D (Dangerous, Dirt, Difficult – bahaya, kotor, susah). Sejak dahulu lagi pertanian ini telah diperkenalkan antara sedar tidak sedar kita. Kita ini hanyalah generasi yang mewarisi dan mengevolusikan serta menteknologikan pertanian. Tidak lebih daripada itu kerana ilmu bertani itu dah ada. Cuma perlu ditacap sikit-sikit.

Orang zaman dahulu hanya memburu binatang dan memetik hasil hutan yang boleh dijadikan sumber makanan. Tak kisahlah apa-apa pun. Asalkan dapat makan daripada kebuluran. Evolusi pun berlaku sedikit demi sedikit dek kerana akal manusia semakin bijak dan genius. Bermulanya dari tanam sumber makanan dengan cara berpindah-randah ke menanam hanya pada satu tempat. Haiwan buruan dijinakan menjadi haiwan buruan. Dah tak perlu susah payah nak ke hutan belantara untuk mendapatkan makanan.

Beralih pulak ke era modenisasi ini. Skop pertanian semakin meluas dan kita tak dapat sangkal lagi bahawa pertanian juga merupakan tulang belakang kemajuan negara. Majunya sesebuah negara dalah bergantung kadar sumber bekalan makanan yang mencukupi untuk sekalian penghuni yang sentiasa lapar dan makan. Perut seisi penghuni perlu diisi dengan makanan yang enak.

Ya. Manusia memang suaka makan makanan yang enak. Manusia suka makan makanan yang cepat dan pantas. Macam nak kan internet pulak. Hakikatnya memang betul pun. Sebagai contoh, KFC, Mc Donald, dan Subway. Sumber-sumber asas untuk kandungan membuat makanan tersebut adalah dari sektor pertanian. Bukan datang bergolek dari langit, tiba-tiba dapat Burger King.

Bayangkan Bumi ini tiada makanan? Bayangkan Bumi ini tiada siapa yang mahir tentang selok belok pertanian? Tak susah untuk kita nak bayangkan. Cukuplah sehari tanpa nasi. Adumak mana boleh tahan kan?

Jadi, sy tinggalkan anda dengan nukilan saya ini dengan penuh misteri. Tapi tak da lah misteri sangat. Hanya anda sahaja yang tahu Bumi tanpa setor pertanian. Hanya anda tahu sahaja kepentingan sektor pertanian. Maka, jangan anggap sektor pertanian tidak penting. Jangan sempitkan minda dan jiwa anda tentang sektor pertanian.

Dan saya tinggalkan anda dengan nukilan saya yang terlintas difikiran, teransang dengan hati dan jemari menari mengikut irama jiwa.

Ingat! Bila anda lapar, bolehkah anda memikirkan sesuatu bende yang bukan sumbernyer dari sektor pertanian? (…)

[Kerana lapar, aku menulis]

Jemput like page IlmuTani.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinterest