Kompos dan Cara Membuatnya

Kompos ni apa?

Dalam bahasa mudah, kompos ialah sejenis baja organik yang diperbuat daripada saki-baki tumbuhan. Kompos membekalkan makanan kepada pokok di samping memperbaiki struktur tanah serta menggalakkan penyerapan air. Humus yang terhasil selepas kompos mereput meningkatkan keupayaan tanah untuk memegang air dan nutrien.

Bagaimana kompos dibuat?

Kompos dibuat daripada saki-baki tumbuhan seperti jerami padi, potongan rumput, batang jagung dan rumpai yang dibiarkan mereput dalam waktu yang tertentu. Saiz timbunan kompos yang baik biasanya berukuran 1.5 m lebar di bawah, 1.2 m lebar di atas dan tingginya 1.2 m. Panjang timbunan kompos bergantung kepada keperluan masing-masing.

Timbunan dibuat pada kawasan yang mempunyai saliran air yang baik. Lapisan timbunan pertama terdiri daripada bahan hijau yang kasar. Lapisan kedua bolehlah dibubuh sedikit batu kapur (dibeli di kedai pertanian) dan tanah seterusnya diikuti dengan bahan rumpai untuk lapisan ketiga.Lapisan keempat bolehlah dibubuh najis haiwan diikuti dengan lapisan rumput sehingga timbunan mencapai setinggi empat kaki.

Penyiraman air dibuat dari masa ke semasa sehingga kompos mengalami pereputan secukupnya kerana kompos perlu dibiarkan dalam keadaan lembab.

Berapa lama kompos disediakan?

Selepas sebulan, lapisan bahagian dalam akan reput dan boleh digunakan.

Berapa banyak kompos perlu digunakan?

Kompos boleh digunakan dengan kadar 4.9 kg untuk setiap meter persegi atau 49 tan/hektar. Ia ditabur dan digaul rata-rata dengan tanah.

 

Sumber: Dr. Mohd Idris b Hj. Zainal Abidin, 1990,Tanaman Sayuran, Kuala Lumpur : DBP

 

Sekian, semoga bermanfaat.

Jemput ikuti facebook Tarmizi Sayuti
Dan like page IlmuTani.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinterest