Manfaat Kumbang Ladybird untuk Mengawal Perosak

Kenal kumbang comel ini?

ladybird kumbang kura-kura

Kumbang ini (Coccinella sp.) dipanggil Ladybird, Ladybug, Lady Beetle, Lady Fly atau Lady Cock. Ada juga yang panggil Kumbang Kura-kura. Mudah ditemui di kawasan yang ada tanaman terutamanya di kebun belakang rumah anda.

Ladybird ‘serang’ kebun anda? Jangan risau, Ladybird sebenarnya sangat baik untuk kebun anda kerana ia merupakan pemangsa yang makan serangga lain yang menyerang kebun anda. Antara serangga yang dimakan oleh ladybird ialah aphid (Bena), Koya (Mealybug), Whitefly serta beberapa jenis serangga kecil lain. Ladybird turut membantu proses pendebungaan.

Ladybird makanBagaimana nak jemput ladybird bertandang ke kebun anda? Ada caranya, nanti kalau rajin saya tuliskan. Tapi antara yang saya tahu, amalkan pertanian organik. Ladybird tak suka datang ke pokok yang gunakan bahan tak organik.

Kesimpulannya, kalau anda jumpa kumbang ni dalam kebun anda, biarkan saja jangan dibunuh. Oh ya, kita patut bersyukur kepada Allah sebab di Malaysia, ladybird aktif membiak dan bergerak sepanjang tahun.

 

Sekian, semoga bermanfaat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinterest