MARI BERBANGGA DENGAN PERTANIAN.

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji kepada Allah yang telah memperlihatkan kekuasaan-Nya kepada kita agar kita istiqamah beriman dengan-Nya.

Bidang pertanian merupakan satu bidang SUNNAH yang diwarisi sejak penciptaan Nabi Adam a.s sehinggalah pada hari ini bidang ini diangkat sebagai salah satu bidang akademik yang diiktiraf dunia. Disebutkan kisah tentang peristiwa Habil dan Qabil (anak kepada Nabi Adam a.s) yang diminta untuk mempersembahkan kepada Allah hasil pertanian yang terbaik, maka mereka tidak lain tidak bukan merupakan golongan yang mempelopori bidang pertanian. Seterusnya kisah Nabi Musa a.s yang bekerja sebagai petani selama sepuluh puluh tahun di bawah pemerhatian Nabi Syuaib a.s sebagai syarat menikahi Safura, puteri Nabi Syuaib a.s. Disebut dalam kisah juga tentang pakar ekonomi dalam bidang pertanian, Nabi Yusof a.s, pengembala kambing yang diangkat sebagai Rasul, Nabi Muhammad s.a.w dan juga kisah seorang pakar dalam bidang pertanian, Nabi Hud a.s.

Kisah-kisah berikut cukup menceritakan bahawa bidang pertanian itu sendiri merupakan bidang yang sangat luas dan mampu membina pembinaan tamadun dan kestabilan sosioekonomi negara selain merupakan bidang Sunnah dan mesti wujud serta diangkat setaraf dengan bidang industri yang lain.

Di Malaysia, sejarah telah membuktikan bahawa negara kita kaya melalui hasil pertanian selain sebagai negara pelabuhan serta negara perlombongan bijih timah sehingga mampu menjadi sumber kekayaan terbesar kepada pihak Imperialisme sewaktu penjajahan. Tanah Melayu ketika itu menyumbang sebanyak tujuh puluh peratus daripada keseluruhan kekayaan Kerajaan Imperialisme British.

Pada hari ini (tahun 2015), bidang ini telah mula kembali diangkat setelah hampir empat puluh tahun negara berjinak dengan bidang perindustrian yang telah dibangkitkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Hal ini kerana, untuk mencapai negara maju menjelang tahun 2020, Malaysia perlu mencapai bilangan penduduk seramai 30.8 juta orang dan ini merupakan lonjakan yang sangat besar. Maka, penghasilan dan pengeluaran makanan perlulah dinaikkan bagi mengelakkan berlakunya krisis makanan. Walaupun kita mempunyai bekalan makanan yang “cukup” ketika ini, ketahuilah bahawa hampir tujuh puluh peratus daripadanya DIIMPORT berbanding dihasilkan sendiri oleh negara kita. Jadi, nampakkah peranan kita yang penting itu?

Maka, wajarlah sektor pertanian ini diangkat tinggi oleh kerajaan dan menjadi peranan kita sebagai mahasiswa atau graduan bidang pertanian untuk bangun dan berusaha melonjakkan sektor ini. Kita perlu melihat lebih jauh untuk mencapai kejayaan ini seperti bercita-cita untuk mempunyai produk sendiri, ladang pertanian sendiri ataupun berusaha untuk memasuki mana-mana ruang yang membantu kemajuan sektor ini tidak kira dalam jabatan swasta mahupun kerajaan.

Sedarlah bahawa bidang pertanian merupakan tali hayat kemanusiaan dan tamadun kerana semua manusia MAMPU HIDUP tanpa bangunan yang indah dan cantik, tanpa kilang yang besar mahupun berteknologi tinggi, namun ketamadunan manusia pasti akan pupus tanpa bekalan makanan yang mencukupi. Jangan melihat dan berfikir terbatas sekadar sehingga hujung hayat kita, namun melihatlah menjangkaui seratus mahupun dua ratus tahun akan datang.

 

Wallahua’lam.

Mustaqim Kamarauzaman

 

Bachelor Sains Pertanian,

Universiti Putra Malaysia.

 

Jemput like page IlmuTani.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinterest