Masalah buah berulat.

Mungkin ramai yang perasan, dalam buah-buahan macam limau, mangga dan cili selalu ada ulat macam dalam gambar ni:

fruit fly larvae

Dulu saya tak faham pun apa puncanya dan hanya ‘berserah kepada takdir’. Kalau takda ulat alhamdulillah, kalau berulat pasrah. Sekarang bila dah faham kenapa ada ulat dan macam mana ulat-ulat tu boleh ada, saya tak pasrah lagi. Kita perang!!! Haha.

Sebenarnya ulat-ulat dalam buah ni datangnya daripada serangga yang mencucuk buah tu dengan telur dia. Tujuannya supaya bila anak-anak diorang ni menetas, larvanya (ulat lah tu) sudah terus tersedia dengan makanan.

Yang hebatnya Allah ciptakan mereka ni, mereka tahu bila nak suntik telur dalam buah tu supaya serentak dengan masaknya buah, telur-telur itu akan menetas. Larva yang menetas ni buka mata je terus nampak makanan. Wah wah untungnya…

 

Antara serangga utama yang menyuntik ulat dalam buah-buah yang disebutkan tadi ialah lalat buah. Kalau dalam Malaysia, spesis yang popular dan bermasalah ialah Bactrocera dorsalis. Ha, makhluk ni lah puncanya. Jom kita kasi setel! Haha

bactrocera dorsalis

Ni gambar Bactrocera dorsalis saya cedok dari internet

Jadi sekarang ni kita dah tahu ulat tu daripada serangga yang menyuntik telur. Jadi, untuk mengelakkan buah kita berulat, kita perlulah haling serangga tu daripada suntik telur. Pergi kau bertelur kat tempat lain, pergi!

 

Ada beberapa cara dapat dibuat tapi saya Cuma nak mencadangkan dua cara mudah.

 

Yang pertama, kita bungkus buah-buah tu. Biasa kan nampak buah kena bungkus? Dulu saya tak faham kenapa orang rajin susah payah bungkus buah. Rupanya buah-buah tu dibungkus untuk halang serangga suntik telur. Jadi bungkuslah buah-buah yang kita nak makan. Tak pasti bila masa yang sesuai untuk dibungkus. Saya bungkus je ikut firasat. Rasa-rasa dah sesuai dibungkus, saya bungkus. Boleh guna kain atau plastik.

 

Cara kedua dan agak panjang saya nak cerita, adalah khas untuk lalat buah Bactrocera dorsalis. Caranya ialah dengan membuat perangkap hormon. Iyalah, bila dah selalu ditangkap, bilangan lalat ni di sekitar rumah kita semakin berkuranglah. Buah-buah kita pun selamat daripada serangan, insyaAllah.

Konsep perangkap ni ialah, kita tarik perhatian lalat jantan untuk datang mengawan. Hormon akan diletakkan dalam perangkap untuk menarik lalat jantan masuk dan bum! Dia mati… Lepas tu bila jantan dah takda, lalat betina pun tak dapat bertelur dan berkuranglah populasi makhluk ni akhirnya.

 

Jadi, berikut ialah langkah-langkah untuk menyiapkan perangkap lalat ni:

  • Mula-mula dapatkan hormon lalat buah. To be exact, bukan hormone pun. Ia Cuma sejenis kimia yang menyerupai hormone. Nama kimia dia ialah methyl eugenol. Cuba google dan cari penjual berdekatan tuan puan. Kalau tak jumpa, boleh minta tolong saya belikan selagi saya rajin.
  • Lepas tu, ambil satu botol minuman 1.5 liter. Guna botol keras macam 100 plus atau ecpi. Botol lembut pun boleh cuma nanti lebih mudah rosak. Iyalah lembut kan. Tebuk lubang macam ni:
  • DSC_0218Jangan lubangkan bahagian bawah botol sebab kita nak isi air nanti. Ada orang Cuma buat 4 lubang tapi saya bubuh je lebih. Saya guna paku, bakar atas lilin/api dapur dan cucuh pada botol. Saiz lubang buat agak-agak saiz yang lalat boleh masuk.
  • Lepas tu tebuk sikit lubang pada penutup botol dan bubuh dawai atau tali macam ni:DSC_0220 DSC_0221
  • Hujung dawai kat bahagian dalam tu, buat cangkuk untuk letak kapas, kain atau tisu.
  • Isi air secukup rasa dalam botol. Saya buat lebih kurang 1 per 4 botol. Tujuannya supaya nanti lalat tu terjatuh dalam air dan mati. Letak garam sikit bagi lalat tu cepat mati lemas
  • Kapas yang kita sangkut kat cangkuk dalam botol tu, letakkan sikit hormon lalat buah yang dibeli tadi. Macam letak minyak gamat. Sikit je takyah banyak pun. Mahal hormon tu wei..
  • Sangkutlah kat mana-mana asalkan agak jauh daripada pokok buah kita. Kalau kita ada kebun, jangan letak perangkap kat tengah kebun. Letak kat tepi tepi kebun, jauh sikit dari pokok sebab perangkap ni kan tarik perhatian lalat.. Kalau letak dekat pokok buah, nanti makin banyak lalat bertandang kat buah tu. Kita nak jauhkan dia daripada buah bukan nak dekatkan.
  • Tada!! Dah siap. Gantung macam dalam gambar ni. Nampak tak betapa banyaknya lalat buah yang mai? Baru sekejap letak.

DSC_0226

 

Nah, selamat mencuba!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinterest