Masih Adakah Kepelbagaian Itu?
Elaeis guineensis, lebih mesra dikenali sebagai kelapa sawit sangat sinomin dengan pengeluaran minyak masak kegunaan seharian kita. Peningkatan hasil daripada kelapa sawit tidak dapat disangkal lagi. Jumlah keluasan perladangan kelapa sawit adalah sebanyak 5,229,739 hektar dicatatkan pada Disember 2013. Ini telah menunjukkan kemajuan sektor kelapa sawit di Malaysia amat membanggakan dan sekaligus digelar sebagai pokok emas Malaysia.
Kelapa sawit merupakan ladang tanaman sejenis (monocrops plantation) yang sangat luas. Mesti anda terfikir, apakah flora dan fauna yang hidup di ladang kelapa sawit kan? Persoalan ini timbul kerana kekhuatiran akan kemusnahan habitat flora dan fauna dek penanaman kelapa sawit ini. Sangkaan itu adalah sangat tidak benar. Sebenarnya ladang kelapa sawit mempunyai ekosistem yang sangat unik dan pelbagai sekaligus menjadi tarikan kepada ahli botani untuk membuat kajian dan penemuan flora dan fauna yang baharu.
Kajian-kajian ini telah dilakukan dari Mei 2002 hingga Jun 2003 untuk membuktikan kepelbagaian yang terdapat di ladang kelapa sawit. Coretan saya ini ingin membawa anda mengembara ke habitat flora dan fauna yang wujud di ladang kelapa sawit.
FLORA
Seluas kawasan 5 hektar Ladang Tangkak, Johor, didapati mempunyai 86 spesis tumbuhan bergunga daripada 43 famili. Walaupun tumbuhan tersebut biasa ditemui tetapi mempunyai nilai saintifik yang tersendiri. Sungguhpun begitu, terdapat juga penemuan sepsis tumbuhan dari Guttiferae yang baru iaitu Calophyllum biflorum yang jarang-jarang ditemui. Sepsis ini ditemui di Sg. Kayu Ara, Johor.
BURUNG
Terdapat 94 jenis burung dikenal pasti. Burung tersebut daripada 13 famili, 18 genus dan 22 spesis. Jenis-jenis burung yang kerap dilihat adalah Chalcophaps indica (14), Streptopelia chinensis (12), dan Copsychus saularis (10).
KELAWAR
Terdapat 249 jenis kelawar daripada 5 famili antaranya Penthetor lucasi, Cynopterus bracchyotis, Eonycteris spelaea, Hipposiderus cervinus, dan Eonycteris major.
MAMALIA KECIL
Terdapat 11 spesis daripada 6 famili haiwan mamalia kecil yang ditangkap mahupun dilihat antaranya Rattus tiomanicus, Macaca fascicularis, dan Ratufa affinis. Sebahagian mamalia ini jarang-jarang kita temui.
RUJUKAN:
1. Kelapa sawit – Wikipedia Bahasa Melayu, https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kelapa_sawit
2. Jumlah Keluasan Tanaman Kelapa Sawit Mengukit Negeri, www.panduanmalaysia.com
3. Nota Kuliah Tanaman Perladangan Prof. Madya Dr. Wan Noordin, Universiti Putra Malaysia, Biodiversity and Oil Palm Plantations.
4. Peaceful Co-existance, www.palmoilworld.org
Jemput like page IlmuTani.com
Jangan lupa ular kelapa sawit. Saya pernah jumpa beberapa kali dalam kebun kelapa sawit. Warna hitam dan mendengus macam kucing. Serrrammm…
Terima kasih dgn penambahan ilmu anda .. ?? .. drpd situ kite dpt tahu di ladang kelapa sawit mempunyai flora dan fauna yg sngt unik ..
tahniah pdo kerana ulasan yang neutral ini.. diharap jika ada apa-apa ke'tidak telusan' yang berlaku dapat di timbulkan tidak kira dari mana2 parti pun!.. walaubagaimanapun, kejadian ini diharap jadi iktibar di masa hadapan..