PENANAMAN PISANG

PENYEDIAAN TANAH

Pembersihan tumbuhan liar seperti belukar, lalang, dan rumpai adalah perlu dilakukan dengan sempurna diikuti oleh dua pusingan bajak piring sedalam 20 cm dan bajak putar sekali sebelum menanam. Jarak tanaman antara dua pembajak ini seelok-eloknya melebihi 2-3 minggu. Bagi kawasan tanah masam pula, pengapuran perlu dilakukan tidak kurang 14 hari sebelum menanam.

BAHAN TANAMAN

Bahan tanaman bermaksud anak pokok pisang yang perlu ditanam. Pisang boleh dibiakkan dari sulur. Terdapat tiga jenis sulur iaitu sulur pedang, sulur dara, dan sulur payung. Antara tiga jenis sulur ini, sulur pedang adalah yanga terbaik untuk dijadikan bahan tanaman.

JARAK TANAMAN

Dua sistem penamnaman pisang yang biasa digunakan ialah sistem tanaman tunggal dan sistem tanaman selingan dengan tanaman kekeal sebagai pokok lindungan. Bagi sistem tanaman tunggal terdapat dua jarak yang disyorkan. Jarak tanaman yang pertama adalah 2.5 m x 2.5 m dan ditanam dalam bentuk segi empat dengan berkepadatan kira-kira 1600 pokok sehektar. Jarak yang kedua pula adalah 3.0m x 3.0m dengan berkepadatan kira-kira 1100 pokok sehektar.

CARA MENANAM

Penanaman elok dilakukan pada musim hujan supaya peratus kematian anak pokok dapat dikurangkan. Lubang yang perlu dibuat mempunyai ukurannya iaitu 30 cm x 30 cm x 30 cm dan perlu ditabur dengan 150 gram baja fostat (DSP).

SUMBER:

Nota Ringkas Tanaman Makanan, UPM, April 2013

Jom like —> Page ilmutani.com !!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinterest