PENUAIAN HASIL PISANG

Buah pisang mencapai tahap matang apabila pembesaran buah berakhir. Pisang yang mencapai peringkat matang akan masak dengan sempurna.

Buah pisang yang mencapai peringkat matang mempunyai jari yang kurang segi, berbentuk hampir bulat dan padat. Pada hujung jejari pula, kelihatan benang sari berwarna perang dan rapuh. Buah matang akan berwarna hijau kecerahan.

Buah pisang sesuai dipungut dalam masa 7-11 minggu selepas pengeluaran jantung. Penuaian baik dilakukan pada waktu awal pagi atau lewat petang bagi mengelakan suhu panas matahari kerana ia mengganggu kemasakan buah nnt. Penebangan pisang perlu dilakukan dengan cekap supaya tandan pisang tidak terjatuh ke tanah setelah dilenturkan ke bawah dengan separuh cantasan batang. Ini adalah untuk mengelakkan kerosakan pada buah.

SUMBER:

Nota Ringkas Tanaman Makanan, UPM, April 2013

Jom like —> Page ilmutani.com !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinterest