PENYELENGGARAAN POKOK PISANG

Selepas penanaman, penjagaan yang sempurna hendaklah dijalankan supaya pokok pisang cepat membesar dan hidup dengan subur. Beberapa perkara yang perlu dijaga, diambil kira dan diselenggara dengan baik di kawasan tanaman pokok pisang.

PEMBAJAAN

Pembekalan baja untuk tanaman pokok pisang disediakan dalam pelbagai bentuk seperti:

Pusingan 1

Masa: Semasa menanam

Jenis Baja: DSP

Kadar Baja/Pokok: 150 gram

Kadar Baja/Hektar: 165 kg

Pusingan 2

Masa: 1 bulan

Jenis Baja: NPK Hijau

Kadar Baja/Pokok: 250 gram

Kadar Baja/Hektar: 275 kg

Pusingan 3

Masa: 3 bulan

Jenis Baja: NPK Hijau

Kadar Baja/Pokok: 350 gram

Kadar Baja/Hektar: 385 kg

Pusingan 4

Masa: 5 bulan

Jenis Baja: NPK Biru

Kadar Baja/Pokok: 350 gram

Kadar Baja/Hektar: 385 kg

Pusingan 5

Masa: 1 bulan selepas pungut hasil yang pertama

Jenis Baja: NPK Biru

Kadar Baja/Pokok: 350 gram

Kadar Baja/Hektar: 385 kg

Pusingan 6

Masa: 3 bulan selepas pungut hasil yang pertama

Jenis Baja: NPK Biru

Kadar Baja/Pokok: 350 gram

Kadar Baja/Hektar: 385 kg

Pusingan 7

Masa: 1 bulan selepas pungut hasil yang kedua

Jenis Baja: NPK Biru

Kadar Baja/Pokok: 350 gram

Kadar Baja/Hektar: 385 kg

 

MENGAWAL RUMPAI

Rumpai yang tumbuh terbiar di kawasan penanaman pisang akan memberikan persaingan dalam pengambilan zat makanan dan air. Kawalan rumpai dilakukan dengan secara manual atau kimia. Secara kimia, rumpai dikawal dengan racun glifosat. Secara manual pula boleh dilakukan menggunkan cangkul atau tajak. sungkapan juga boleh dilakukan untuk mengawal rumpai.

PEMANGKASAN

Pemangkasan sulur adalah aktiviti membuang sulur yang tidak dikehendaki dengan tujuan menjarakkan penuaian hasul dalam satu rumpun dan mengelakkan persaingan mendapatkan zat pemakanan. Ia boleh dilakukan dengan memilih dan membiarkan satu induk, satu pokok dewasa, dan satu salur.

Pemangkasan pelepah pula adalah membuang pelepah tua dan berpenyakit menggunakan pisau tajam dari peringat awal penanaman.

MENGAWAL PENYAKIT

  1. PenyakitBintikDaundanPenyakitSigatoka
    • Penyakit bintik daun adalah disebabkan kulat Cercosa musae. Kulat ini mudah membiakdi kawasan yang lembab dan terlindung dari cahaya matahari serta sistem pengairan yang kurang baik. Tanda panyakit ini adalah bintik hitam atau jalur berwarna kuning. Bintik ini akan bercantum antara satu sama lain yang mengakibatkan bahagian daun diserang menjadi perang dan kering. Keseluruhannya pokok akan kelihatan dari jauh seperti terbakar. Kawalan penyakit ini adalah dengan cara memperbaiki sistem pengairan di kawasan dalang atau menyembur racun yang mengandungi kuprum pada bahagian yang diserang.
  2. PenyakitLayu Panama
    • Penyakit ini disebabkan oleh kulat Fusarium oxysporium. Kulat ini senang membiak di kawasan lembab dan mempunyai saliran yang tidak sempurna. Tanda penyakit ini adalah pucuk akan kekuningan di samping daun lain kelihatan patah dikulai. Pokok yang diserang biasanya mengeluarkan banyak anak tetapi kelihatan layu. Kawalan penyakit ini adlah dengan memastikan sistem saliran kebun yang baik dan memusnahkan pokok yang berpenyakit.

 

SUMBER:

Nota Ringkas Tanaman Makanan, UPM, April 2013

Jom like —> Page ilmutani.com !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinterest