Pernah dengar tentang terrarium?

Sejauh manakah anda mengenali tentang perkataan Terrarium atau anda tidak pernah perkataan tersebut?

Pada zaman sekarang ini, pembangunan yang pesat, bangunan sini bangunan sana sehingga tiada lagi kawasan yang luas untuk melakukan aktiviti penanaman seperti tanaman pokok bunga mahupun tanaman makanan.

Terrarium adalah bekas kaca biasanya bekas tertutup yang mengandungi tanah dan tumbuh-tumbuhan, dan boleh dibuka bagi penyelenggaraan untuk mengakses tumbuh-tumbuhan di dalam. Walau bagaimanapun, terrarium juga boleh terbuka kepada atmosfera dan tidak semestinya tertutup.

Terrarium sering disimpan sebagai barang hiasan. Terrarium tertutup mewujudkan persekitaran yang unik untuk pertumbuhan tanaman, kerana dinding lutsinar membolehkan haba dan cahaya untuk memasuki terrarium itu. Bekas yang ditutup digabungkan dengan haba yang memasuki terrarium menghasilkan kitaran air kecil-kecilan.

Hal ini terjadi kerana kelembapan dari tanah dan tumbuh-tumbuhan tersejat pada suhu tinggi di dalam terrarium itu. Wap air ini kemudiannya tersejat pada dinding bekas, dan akhirnya jatuh kembali kepada tumbuh-tumbuhan dan tanah di bawah. Ini mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk penanaman tumbuh-tumbuhan kerana bekalan air berterusan, sekaligus menghalang tumbuhan dari menjadi kering.

 

3 perkara penting yang anda perlu tahu tentang pembuatan terrarium adalah

  1. Apakah terrarium?
  2. Jenis terrarium yang ingin dibuat
  3. Pemilihan bekas terrarium
  4. Pemilihan pokok untuk diletakkan di dalam terrarium
  5. Cara atau langkah- langkah melakukan terrarium

Langkah asas dalam menyediakan terrarium tersebut adalah

  • Meletakkan lapisan batuan di bawah bekas. Menjadikan ia kira-kira satu inci tebal. Ini akan menghasilkan saliran yang baik.
  • Meletakkan lapisan arang teraktif di bahagian atas batuan kecil kira-kira satu setengah inci tebal, untuk menapis air. (Langkah ini hanyalah cadangan)
  • Meletakkan lapisan Sphagnum moss di atas arang ini. Ia menghalang tanah daripada masuk ke ruangan batu tadi.
  • Meletakkan lapisan tanah. Lapisan ini hendaklah sekurang-kurangnya dua atau tiga inci tebal tetapi anda boleh mengubahnya sesuai dengan saiz bekas anda.
  • Mencucuk lubang kecil ke dalam tanah dan menanam tumbuh-tumbuhan anda ke dalam bekas.
  • Letakkan beberapa batu hiasan berwarna atau patung di dalam bekas untuk pemandangan yang menarik.
  • Masukkan air dalam jumlah yang sederhana dan menutupnya. Ia hanya perlu dipantau dalam beberapa hari sekali.Jika ia perlu air, tambah air dan jika kurang air, buka penutupnya.
susunan asas dalam terrarium

susunan asas dalam terrarium

Contoh terrarium (Sumber dari Terrarium and Miniature Garden Expo at Agriculture Faculty, UPM):

CONTOH terrarium Contoh terrarium1 Contoh terrarium2 Contoh terrarium3

 

Ditulis oleh: Aini Arbain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinterest