PEROSAK KOPI DAN KAWALANNYA

Kali ini saya ingin berkongsi tentang serangan pada pokok kopi. Banyak serangan yang berlaku. Akan tetapi serangan serangga perosak ini merupakan serangan yang paling kritikal bagi pokok kopi dan menjejaskan pengeluaran kopi.

PENGOREK BATANG KOPI

Nama saintifik : Xylotrechus quadripe

Pengorek batang kopi, Xylotrechus quadripes

Pengorek batang kopi, Xylotrechus quadripes

Serangga ini akan menyerang semua jenis pokok kopi. Namun begitu, serangga ini merupakan perosak yang paling kritikal pada kopi Arabika.

Cara pembiakan adalah dengan cara kumbang betina akan mengeluarkan telurnya pada kulit kyu batang utama pokok kopi. Selepas 9-1 hari, telur-telur tersebut akan menetas. Larva-larva akan  memakan kulit batang pokok kopi selama 2 bulan. Mereka mula mengorek batang kayu dan membuat lubang-lubang di dalam batang kayu pokok kopi sehinggalah ke bahagian akar pokok. Jangka hayat pokok kopi yang diserang tidaklah lama. Pokok-pokok yang diserang akan mati dalam masa setahun.

Kawalannya :

  1. Tebang pokok kopi yang diserang. Keluarkan akarnya dan bakar kawasan tanaman pokok yang telah diserang. Hal ini kerana serangga ini menterang keseluruh bahagian pokok. Membersihkan kawasan serangan adalah cara yang terbaik.
  2. Penggunakan Dieldrin dapat membantu serangan serangga ini agar tidak menjadi lebih teruk.

PENGOREK BUAH KOPI

Nama saintifik : Hypothenemus hampei

Pengorek buah kopi, Hypothenemus hampei

Pengorek buah kopi, Hypothenemus hampei

Serangga ini dipanggil ‘broca’ di Sepanyol. Serangga ini bermula daripada Afrika dan tersebar ke seluruh negara yang menghasilkan kopi. Jangkitan serangga ini adalah kekal untuk seluruh populasi kopi di dunia. Cara pembiakan serangga ini adalah dengan kumbang betina akan mengeluarkan telurnya ke dalam buah kopi. Antara kesan serangan yang dapat dilihat adalah buah kopi yang tidak matang akan gugur dan membenarkan serangan penyakit sekunder kepada buah kopi seperti fungi dan bakteria. Ini akan menyebabkan buah kopi akan menjadi hitam. Kesan daripada serangan serangga ini adalah mengurangkan kuaiti dan kuantiti penghasilan buah kopi.

Kawalannya:

  1. Membuang semua buah kopi yang telah rosak pada pokok dan mengutip buah kopi yang telah jatuh ke bawah serta membakarnya.
  2. Boleh juga menawalnya dengan penggunaan Endrin.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinterest