PISANG (Jenis dan Sifat Botani)

Nama Saintifik : Musa paradisiaca

Nama Biasa : Pisang

Famili : Musaceae

 

JENIS-JENIS PISANG

  1. Pisang Berangan
  2. Pisang Mas
  3. Pisang Montel/Comel
  4. Pisang Embun
  5. Pisang Rastali
  6. Pisang Lang
  7. Pisang Nipah
  8. Pisang Raja
  9. Pisang Nangka
  10. Pisang Awak

 

SIFAT BOTANI

  • Pokok

 Pisang bersaiz sederhana dengan ketinggian 3-4 meter dan mempunyai batang di dalam tanah yang dipanggil umbisi dan hidup berumpun. Umbisi ini mempunyai banyak akar dan tunas.

  • Sistem Pengakaran

Pisang mempunyai jenis akar serabut dan tertumpu pada zon 15 cm di bawah permukaan tanah yang merupakan akar pemakanan untuk pisang. Akar serabut tumbuh pada kadar 60 cm setiap bulan.

  • Daun

pengeluaran daun muda bermula pada tengah batang pucuk. daun akan melebar, terbuka lampai dan mudah pecah apabila ditiup angin kencng. saiz daun pisang yang matang boleh mencapai kira-kira 50 cm lebar dan 2 meter panjang. Sebanyak 40-70 helai daun dihasilkan sebelum pokok mengeluarkan jantung pisang.

Ini adalah bahagian-bahagian pokok pisang.

Ini adalah bahagian-bahagian pokok pisang.

  • Bunga dan Pendebungaan

Kelompok bunga ditutupi oleh braktea besar berwarna kemerahan tua. Setiap buku atau ruas dirangkainya terdapat bunga betina dan pada hujungnya terdapat bunga jantan.

  • Buah

Kelompok buah pada tangkai atau tandan dipanggil sisir. Setiap sisir terdiri daripada sejumlah pisan disebut jejari. Bahagian yang dimakan inilah yang terbentuk daripada dinding ovari.

Gambar ini menunjukkan jantung pisang, tandan pisang dan buah pisang.

Gambar ini menunjukkan jantung pisang, tandan pisang dan buah pisang.

SUMBER:

Nota Ringkas Tanaman Makanan, UPM, April 2013

Jom like —> Page ilmutani.com !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinterest