Pokok Buah Tin (Bhg 1)

Sekarang ini telah ramai yang gemar menanam pokok buah tin. Penulisan saya kali ini ingin berkongsi secara ringkas dan padat serba sedikit tentang pokok buah tin ini. Mungkin ada antara pembaca blog ini merupakan seorang yang baru ingin menceburkan diri untuk menanam pokok buah tin ini ataupun baru pertama kali mengetahui tentang pokok buah tin.

Di Malaysia, telah menjadi tren sekarang ini dengan penanaman pokok buah tin. Mana-mana sahaja kita pergi, pasti kita akan ternampak sekurang-kurangnya satu pokok buah tin di pasu rumah jiran kita. Pasti ada antara kita tertanya-tanya pasal pokok buah tin ini sebab buah tin popular semasa musim umat Islam menunaikan haji mahupun umrah. Sekarang ini, buah tin ada sahaja di mana-mana.

Kenapa pokok buah tin boleh tumbuh dengan baik di Malaysia?

Pokok buah tin boleh tumbuh dan membesar dengan baik dan subur di Malaysia kerana Malaysia merupakan kawasan tropika. Iklim panas dan kelembapan Malaysia sangat bersesuaian dengan keperluan tumbesaran pokok buah tin.

Apakah kaedah penanaman pokok buah tin?

Terdapat tiga kaedah penanaman pokok buah tin, iaitu:

1. Biji benih

2. Keratan batang

3. Keratan tut

Hanya dua kaedah sahaja yang sangat efisien dan mudah untuk pembiakan pokok buah tin iaitu melalui kaedah keratan batang dan kaedah keratan tut. Kaedah penanaman melalui bijih benih tidak digunakan secara meluas kerana ianya lambat untuk pokok buah tin untuk menghasilkan buah untuk mendapatkan bijih benih dan tidak ekonomik untuk mereka yang menjadikan pokok buah tin ini sebagai barang jualan mereka.

Ciri fizikal buah tin…

Ciri fizikal bagi buah tin yang belum matang adalah berwarna hijau manakala buah tin yang telah matang berwarna kuning.

Apakah Khasiat Buah Tin?

– Buah tin dijadikan sebagai sumber kalsium.

– Mempunyai Omega 3 dan 6.

– Mengandungi potassium.

– Mengurangkan tekanan darah tinggi.

– Mengurangkan risiko penyakit jantung.

– Membantu dalam menghindari penyakit insomia.

-Membantu dalam mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.

– Dapat mengubati penyakit batu karang.

– Membantu dalam merawat penyakit diabetis.

Sekiranya ada sesiapa yang berminat untuk penanaman pokok buah tin, anda boleh klik –> [ Anak Pokok Tin ], untuk pertanyaan anak pokok buah tin.

 Jom like —> Page ilmutani.com !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinterest