Pokok Rerama Hijau Penawar Kanser

Pokok Rerama atau nama saintifiknya Christia vespertilionis mula mendapat perhatian dunia apabila para pengamalnya mengalami pelbagai perubahan kesihatan yang menakjubkan. Tumbuhan ini turut dikenali sebagai Daun Kelawar, Butterfly Wing atau Bian Fu Cao (di China). Ia berasal dari rantau Asia dan telah lama digunakan dalam perubatan tradisional di Thailand.

 

Hasil daripada pengalaman pengguna herba ini, ia dipercayai mampu merawat kanser dan beberapa penyakit lain seperti angin ahmar (strok), darah tinggi, kencing manis, asma, migrain, resdung, denggi, demam campak, masalah usus serta penyakit SLE (Sistemik Lupus Eritematosus). Bagus kan herba ni?

Pengguna herba rerama turut melaporkan khasiat teh rerama sebagai mampu merawat:

✔Masalah Berkaitan Darah

✔Masalah Kolesterol/Asid Urik (Gout)

✔Penyakit Kulit (termasuklah ekzema dan psoriasis)

✔Senggugut

✔Thyroid

✔Angin dalam badan

 

Beberapa institusi penyelidikan mula membuat kajian terhadap herba rerama ini untuk mengesahkan manfaatnya. Sehingga hari ini, kajian yang dibuat menunjukkan hasil yang positif walaupun masih belum diisytiharkan secara rasmi. Maklumlah, mereka memerlukan bukti-bukti saintifik di samping melibatkan responden yang ramai.

Pasukan penyelidik Universiti Putra Malaysia turut membuat kajian dan menemui ciri-ciri anti barah dan anti keradangan pada pokok rerama ini. – sumber

 

Sebenarnya pokok rerama ni ada banyak jenis dan yang digunakan untuk tujuan perubatan ialah yang berwarna hijau. Ini dia gambar pokok rerama yang ada atas muka bumi ni:

Pokok bunga rerama hiasan

Pokok bunga rerama hiasan

Pokok rerama berdaun ungu

Pokok rerama berdaun ungu

Pokok rerama berdaun merah

Pokok rerama berdaun merah

Pokok rerama berdaun hijau belang ungu

Pokok rerama berdaun hijau belang ungu

Inilah pokok rerama hijau yang digunakan untuk perubatan

Inilah pokok rerama hijau yang digunakan untuk perubatan

Jadi lepas ni kalau nak buat teh, ambil pokok yang berwarna hijau ya…

 

Dalam perubatan tradisional, tumbuhan ini diproses menjadi teh rerama dengan cara merendamkannya dengan air panas. Keseluruhan bahagian pokok rerama hijau iaitu daun, batang dan akar dikeringkan dan dikisar halus sebelum direndam dalam air panas.

Dikatakan, adunan lengkap keseluruhan bahagian pokok menjadikan kebaikan teh rerama hijau lebih terserlah. Namun, ada yang hanya memproses daun rerama ini sahaja sebab malas nak tanam semula pokoknya. Cara mana yang lebih baik, hanya dapat dibuktikan selepas kajian dibuat.

 

Cara menanam pokok rerama ni mudah saja, sama macam pokok bunga yang lain. Cuma, pokok rerama tidak boleh terkena cahaya terus daripada matahari dan perlu diletakkan bawah teduhan. Letak bawah net hitam macam kat pondok orkid tu pun ok. Ataupun, tanam dalam rumah.

Gunakan net hitam untuk meneduhkan pokok rerama

Gunakan net hitam untuk meneduhkan pokok rerama

Kalau nak tanam untuk kegunaan sendiri, bolehlah tanam dalam pasu. Gunakan tanah dengan pH sekitar 6.1 ke 7.5. Boleh juga ditanam terus ke atas tanah. Oh ya, jangan biarkan tanahnya kekeringan. Siram dua kali sehari sebab pokok ni bukan macam kaktus atau lidah buaya yang hanya perlu disiram sekali sekala.

 

Pokok rerama hijau ini boleh mencapai ketinggian 1.5 kaki dalam masa empat bulan selepas biji benih disemai. Untuk mempercepatkan percambahan, pucuk pokok ini perlu digunting selalu. Jika tidak dipotong, ia mampu tumbuh sehingga kira-kira dua meter.

 

Oh ya, bila waktu yang sesuai untuk memproses pokok rerama? Pokok rerama boleh diproses menjadi teh selepas berusia 3 ke 4 bulan. Sebab tu harga teh rerama mahal lebih-lebih lagi yang siap dijadikan uncang. Setahun cuma boleh tuai 3 kali.

 

Ok, macam mana nak minum air teh rerama hijau ni?

Rendam teh rerama dalam air panas dan tunggu sehingga air menjadi sejuk. Kemudian, minum segelas pada waktu pagi dan segelas pada waktu petang.

Kita boleh buat banyak air teh rerama dan simpan dalam peti sejuk sehingga 2 ke 3 hari. Kalau dibiarkan kat luar, air ni jadi masam. Teh rerama yang sudah diguna boleh dibancuh semula sehingga ia menjadi pudar atau sehingga warna airnya tidak lagi hijau kekuningan.

 

Adalah dinasihatkan untuk tidak meminum teh rerama semasa ia masih panas untuk mengelakkan tekak menjadi kering. Selain itu, pengguna teh rerama perlu meminum banyak air kosong untuk membantu proses rawatan.

Lagi satu, ‘orang lama’ beritahu, pesakit buah pinggang dan ibu-ibu mengandung tidak boleh mengambil air teh rerama. Bab ni kami tak confirm tapi kami memang nasihatkan agar anda yang termasuk dalam golongan ini tidak meminumnya sehingga kajian klinikal dikeluarkan.

 

Akhir kata, cubalah amalkan teh rerama hijau ni sekarang untuk dapatkan manfaat kesihatan. Bagi penghidap kanser, ini hanya salah satu ikhtiar anda. Jangan ditinggalkan perubatan moden dan ikhtiar lain. Dapatkan nasihat pakar perubatan.

 

Komen Pembaca

  1. By Rusly

  2. By jutawan herbs

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinterest