PRODUK HASILAN KOKO

Khas buat penggemar tegar coklat!! sambil makan coklat ,, mari kita tambah sedikit ilmu tentang produk hasilan buah koko yang lain .. mari kita menikmatinya ..

Cecair Koko (cocoa liquor)

Koko tulen yang diproses dalam bentuk pepejal ataupun separa pejal. Biji koko yang dikisar dan dicairkan menjadi cecair koko. Ia tidak mengandungi alkohol. Ia digunakan untuk membuat coklat.

Ini merupakan cecair koko.

Ini merupakan cecair koko.

Mentega Koko (cocoa butter)

Ia juga dikenali sebagai minyak koko. Ia adalah minyak sayur-sayuran yang diekstrak dan boleh dimakan. Ia sangat kers dan tidak berminyak. Mentega koko bukan sahaja digunakan dalam pembuatan coklat malahan ia digunakan secara meluas dalam pembuatan barangan kosmetik.

Mentega koko

Mentega koko

Kek Koko (cocoa cake)

Ia bukanlah kek coklat dbuat dan untuk dimakan. Pembuatannya perlu melalui satu proses tekanan tinggi untuk menghapuskan lemak koko daripada cecair koko (cocoa liquor) melalui penapisan dan akan membentuk satu bongkah kek koko. Kek koko ini adalah permulaan untuk membuat serbuk koko dengan melalui proses pengisaran.

Kek Koko; bukan kek yang boleh dimakan.

Kek Koko; bukan kek yang boleh dimakan.

Serbuk Koko (cocoa powder)

Ia dihasilkan daripada kek koko melalui proses pengisaran. Ia boleh dibuat sebagai pencuci mulut, ais krim, coklat, minuman dan pelbagai lagi makanan yang berasaskan koko.

Serbuk koko

Serbuk koko

Coklat Susu (milk chocolate)

Ia merupakan colkat pepejal yang telah dicampur dengan mentega koko dan susu. Ia mempunyai rasa yang manis. Ramai orang suka memakan coklat jenis ini kerana tiada rasa pahit koko yang sebenar.

Coklat susu yang menjadi kegemaran orang ramai.

Coklat susu yang menjadi kegemaran orang ramai.

Coklat Gelap (dark chocolate)

Ia juga dikenali sebagai coklat kosong dan coklat hitam. Cara penghasilannya adalah dengan campuran mentega koko dan sedikit gula. Kemungkinan besar tiada langsung penambahan gula di dalam coklat gelap ini. Susu juga tidak diletak dalam coklat jenis ini. Coklat gelap boleh dimakan begitu sahaja dan dibuat sebagai bahan makanan yang berasakan coklat. Rasanya pahit. Kelebihan coklat gelap adalah ia antioksidan yang sangat bagus.

Coklat gelap yang bagus dimakan untuk dijadikan sebagai bahan antioksidan.

Coklat gelap yang bagus dimakan untuk dijadikan sebagai bahan antioksidan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinterest