Rahsia dan Teknik Menghasilkan Bakteria Baik

Mula-mula sekali, anda perlu faham apakah kebaikannya jika anda letakkan bakteria baik pada tanaman anda. Banyak kelebihannya, pergilah GOOGLE. Jangan malas! Haha. Tapi kalau malas nak Google, cukuplah anda tahu yang bakteria ni bagus untuk tanah dan pokok.

EM boleh digunakan untuk berbagai tujuan, antaranya sebagai baja (mikrob lactobacillus ini bertindakbalas dengan mikrob dalam tanah, menjadikan tanah lebih subur), menghilangkan bau najis haiwan, membersihkan saluran longkang dan sungai, boleh dicampurkan dalam makanan haiwan, dan juga sebagai pembersih udara.

Ok, jom baca cara nak biakkan bakteria baik – EM (Effective Microorganism) atau Lactobacillus Serum atau Lacto Serum.

Cara pembuatan

  1. Basuh beras, ambil airnya. Simpan dalam bekas, tutup dengan kain, ikat supaya tak ada binatang masuk.
Bakteria baik

Basuh beras dengan air tanpa klorin. Simpan 3 ke 5 hari, tutup botol dengan kain nipis.

 

  1. Peram air beras ini 3 ke 5 hari. Peraman siap bila air berbau masam dan menghasilkan 3 lapisan. Lapisan atas sekali ialah karbohidrat + kulat. Lapisan tengah (yang ini kita nak ambil) penuh dengan bakteria dan asid laktik. Lapisan bawah ialah kanji, hasil peraman.
Bakteria baik 2

Selepas 4 hari, terbentuk 3 lapisan. Kita ambil lapisan tengah saja.

 

  1. Gunakan bekas baru yang lebih besar, masukkan air beras masam + dengan susu. (nisbahnya ialah 1 bahagian air beras masam + 10 bahagian susu. Susu apa pun tak apa. Paling baik ialah susu fresh. Kalau tak dapat susu fresh, gunalah susu cair/susu tepung dan sebagainya. Jangan menangis kalau tak dapat susu fresh tau.
Bakteria baik 3

Air beras masam yang ditapis, campur dengan susu cair. Nisbah 1 : 10 (1 bahagian air beras + 10 bahagian susu)

 

  1. Tutup bekas dengan kain, ikat elok-elok supaya haiwan tak masuk. Kalau masuk, nanti ada ulat, eeeee… geli.. Peram seminggu.
Bakteria baik 4

Air beras + susu, tutup bekas dengan kain, perlukan udara untuk proses peraman. Jangan pi minum pulak ya.. Peram seminggu.

 

  1. Lepas seminggu, akan terbentuk 2 lapisan. Lapisan atas ialah susu kental, penuh dengan karbohidrat, protin dan lemak. Sape nak try rasa, boleh, sbb sy dah pernah rasa. Tak sedap mana pun. Bagi aje kat haiwan, pokok atau kompos. Lapisan bawah terdiri dari cairan warna kuning cair, kaya dengan bakteria. Cairan ini ialah lactobacillus serum, yg ni yg kita nak. Tapis untuk asingkan susu kental dengan lacto serum. (alah, tapis mesti anda tahu kan. letak kain atas bekas, tuang cairan ni)
Bakteria baik 5

Lepas seminggu, terbentuk susu kental dan lacto serum.

 

  1. Untuk simpan, campurkan lacto serum (lacto serum ialah EM) ini dengan molasses. (molasses ialah gula merah yg dimasak dengan air, hingga cair). Nisbahnya ialah 1 bhg lacto serum + 1 bhg molasses. (kalau malas nak buat molasses, campur saja gula perang, nisbahnya 1 : 1 juga. Contohnya 1L lacto serum + 1kg gula perang). Saya simpan lacto serum (EM) dalam peti sejuk.Kalau taknak simpan dalam peti sejuk pun tak pe, takde masalah pun.
    Lacto serum (EM) yg kita dapat ini PERLU DICAIRKAN sebelum digunakan.
Bakteria baik 6

Tadaaa! Lacto Serum dah siap

 

Cara penggunaan.

  1. Untuk pembajaan : Cairkan 2 sudu besar EM kedlm 1L air. Boleh sembur terus pd tanaman dan tanah, atau campur dengan baja2 lain (mol, ohn, imo dan sebagainya)

  2. Untuk menghilangkan bau najis haiwan. Cairkan 2 sudubesar (sb) EM dengan 1L air. Campurkan dengan makanan/minuman haiwan, dan juga sembur pada najis haiwan. Manusia juga boleh kalau nak minum..Hahahahaha..kalau sape ada berani minum tolong bagitau saya ya. Saya taklah berapa berani sgt.

Dengan nisbah 2 sb EM/1L air (ini panduan saja. Saya pakai cara mewah, selalunya lebih dari 2 sudu besar EM/1L. Kalau cepat habis saya boleh buat lagi EM. Saya suka !!!) Kita boleh pakai EM untuk berbagai jenis kegunaan. Antaranya, sembur atau siram pada kompos, masukkan kedalam akuarium, membuat bokashi bran, membuat IMO5, membersihkan sungai/parit yg tercemar, malah baik juga untuk sistem percernaan manusia dan haiwan. Kalau tak percaya, boleh cuba..

 

NOTA PENTING

  1. Air untuk basuhan beras MESTI bebas klorin. Air hujan, air paip yg disimpan lebih dari 24 jam, air sungai, air tasik, air telaga boleh guna. Air laut taboleyy ya. Ada sesetengah pendapat mengatakan air RO juga taboleyy. Kalau nk tau detail, tanya pak Google ya.

  2. Bekas yg nak diguna juga perlu bebas klorin. Ertinya, bekas yg nak diguna perlu dibasuh dgn air bebas klorin juga. Sebabnya ? Klorin mematikan bakteria, sedangkan kita nak ternak bakteria, tuan-tuan dan puan-puan sekelian.

Cara penggunaan.

  1. Untuk pembajaan : Cairkan 2 sudu besar EM kedlm 1L air. Boleh sembur terus pd tanaman dan tanah, atau campur dgn baja2 lain (mol, ohn, imo dan sebagainya)

  2. Untuk menghilangkan bau najis haiwan. Cairkan 2 sudubesar (sb) EM dgn 1L air. Campurkan dgn makanan/minuman haiwan, dan juga sembur pada najis haiwan. Manusia juga boleh kalau nak minum..Hahahahaha..kalau sape ada berani minum tolong bagitau saya ya. Saya taklah berapa berani sgt.

Dengan nisbah 2 sb EM/1L air (ini panduan saja. Sy pakai cara mewah, selalunya lebih dari 2 sb EM/1L. Kalau cepat habis sy boleh buat lagi EM. Saya suka !!!) Kita boleh pakai EM utk berbagai jenis kegunaan. Antaranya, sembur atau siram pada kompos, masukkan kedalam akuarium, membuat bokashi bran, membuat IMO5, membersihkan sungai/parit yg tercemar, malah baik juga untuk sistem percernaan manusia dan haiwan. Kalau tak percaya, boleh try..

Secara peribadi, saya menggunakan EM dalam hampir setiap pembuatan mol, ohn dan baja-baja saya. Kenapa saya kata ‘hampir setiap’ ? Sebabnya ialah saya selalu terlupa nak ingat. Kalau tak lupa, InsayaaAllah saya ingat nak masukkan EM… hahahaha

SELAMAT MENCUBA

Menurut tuan Mohamed Noorlah Shaik Fareed, kalau disimpan dalam peti ais EM ni boleh bertahan sehingga 3 tahun (semasa hendak diguna baru dicampur dengan gula merah dan peram 7 hari), tapi jangan tutup ketat-ketat sebab boleh meletup! Nanti peti ais anda berbau.

Menurut seorang pakcik cina yang sudah 15 tahun terlibat dalam pertanian organik (Saya tak ingat nama beliau), EM yang baik akan berbau samsu (bau arak). kalau busuk atau lain2 bau, ia kurang baik ataupun sudah rosak

Sekian.

Ditulis oleh: Salina Shamsudin

Jemput like page IlmuTani.com

Comments

  1. By Mamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinterest