S.O.P Semaian Benih Cili dan Pembajaannya

Bahan – bahan yang diperlukan adalah biji benih cili , tanam semaian ( peatmoss) , air masak (dingin) dan oligo chitosan.

1- Rendam biji benih dengan oligo chitosan lebih 8 jam menggunakan air masak
2- Biji benih yg timbul.. dibuang terus kerana biji tersebut tidak berisi @ kosong
3- Keringkan biji benih agar memudahkan proses menyemai dilakukan

 

CARA MENYEMAI

1- Masukkan peatmos dalam tray semaian.. tak perlu padat… cukup sekadar penuhkan lubang – lubang tray
2- Semai biji benih ikut kemahuan.. samaada 1 biji @ 2 biji

1
3- Kemudian tekan sedikit biji benih.. tidak perlu terlalu dalam
4- Setelah selesai.. guna air paip.. campurkan dengan baja AB ec 1.0.. spray peatmos sehingga betul- betul basah

2
5- Susun tray berlapis- lapis agar memudahkan proses biji benih bercambah.. pastikan tiada bertindih diantara lubang- lubang tray

3
6- Balut keseluruhan tray… supaya biji benih dapat bercambah dengan baik.. tujuan dibalut agar memastikan kelembapan tanah utk memudahkan proses biji benih bercambah.. pastikan tidak diletakkn dibawah cahaya matahari.

4
7- 3 – 5 hari.. intai biji benih.. kerana dalam tempoh ini.. kebiasaanya biji benih dah mula bercambah… jika dah bercambah… susun setiap tray ke rumah semaian.

PEMBAJAAN ANAK POKOK

1- Selepas 7 HSS (Hari Selepas Semai)… beri baja AB ec 1.2.. sehingga 4 daun..

5
2- Bila pucuk baru keluar.. naikkn ec baja ab ke 1.4

6
3- Naik pucuk baru sehingga 8 daun.. naikkn ec 1.6… kebiasaanya berumur 21 hari – 30 hari.. helaian daun 8 -10 helai.. anak pokok sudah matang & sesuai dipindahkan ke ladang..

7

Pastikan anak pokok menerima cahaya sekurang- kurangnya 4 jam sehari.. 4 hari sebelum dipindahkan ke ladang.. jemur terus ke cahaya matahari… proses ini dilakukan agar anak pokok benar- benar sudah matang.. tahan suhu panas… daun tidak terbakar…

8

 

Ikuti perbincangan selanjutnya di sini:

https://www.facebook.com/mohdhanif.wazir/posts/1154144874636295

 

Sekian,

Mohd Hanif Wazir

Jemput like page IlmuTani.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinterest