Semut pun pandai bertani.

Pokok di rumah banyak kerengga? Cuba tengok ada tak benda putih-putih pada pokok tu?
 
‘Benda’ putih tu biasanya afid atau koya, serangga yang menghisap cecair pokok. Serangga dalam keluarga Homoptera ini menyerang pelbagai tanaman terutamanya pokok berbuah seperti cili, nona dan rambutan.
Koya pada daun pokok

Koya pada daun pokok

Buah yang diserang koya menjadi tidak cantik dan hilang nilai pasaran. Pokok cili pula apabila diserang koya, daunya akan mengerekot dan buahnya tidak menjadi. Dalam kebanyakan kes, koya mampu menyebarkan virus kepada tumbuhan melalui suntikannya. 
Berbalik kepada tajuk kita, sebenarnya ada spesis semut yang membela koya ni.
Beberapa spesis semut seperti kerengga sebenarnya dikurniakan kelebihan untuk mengawal afid. Rembesan kimia daripada semut membuatkan koya seolah-olah orang suruhan kerengga. Macam kena pukau la.
 
Menggunakan kelebihan itulah, semut ‘membela’ koya pada pokok. Disusunnya koya tu ikut suka dia. Alah, lebih kurang macam kita ternak lembu, cuma semut tak bagi makan pun pada koya-koya dia.
Untuk apa semut-semut ni bela koya?
Koya merembeskan cecair manis pada badannya dan cecair ini sangat disukai oleh semut. Selain itu, koya juga boleh dimakan oleh semut sebagai salah satu menu diorang.
 
Sebab itulah kerengga-kerengga tu bela koya.
afid-merembeskan-cecair

Koya sedang merembeskan cecir bergula dari badannya

Sang semut sedang menikmati hasil pertaniannya. Haha

Sang semut sedang menikmati hasil pertaniannya. Haha

Ada saintis berpendapat, sebenarnya koya sendiri yang mencari perlindungan dengan menundukkan diri bawah pemerintahan semut. Sebab, semut dapat melindungi koya daripada pemangsa lain seperti ladybird.
 
Macam-macam kan alam ni? Subhanallah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinterest