Sistem Fertigasi Mudah

Sistem fertigrasi merupakan salah satu cara penanaman yang semakin dikenali baik secara komersial mahupun kecil – kecilan. Sistem ini boleh diaplikasikan kepada kebanyakan tanaman terutama sayuran berdaun dan juga sayuran berbuah. Sebagai contoh kobis, sawi, kalian, cili, terung, timun dan bermacam lagi.

Sistem mudah ini tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk menguruskannya kerana boleh boleh dilakukan secara sekala besar dan hanya di belakang rumah sahaja pon sudah memadai. Belum cuba belum tahu.

 

Disini saya sertakan beberapa elemen penting untuk yang berminat dengan fertigrasi ini serta lakaran kawasan tanaman menggunakan sistem fertigrasi.

  1. Sumber air;

Air merupakan elemen utama yang diperlukan oleh tanaman untuk hidup segar. Sumber air yang mencukupi perlulah ada untuk menyiram tanaman tersebut. Kualiti dan kuantiti air yang bersesuaian dengan keluasan kawasan tanaman juga perlu dititikberatkan dimana pH air yang sesuai adalah (6.5 – 7.5) dan bebas daripada sebarang pencemaran seperti minyak.

  1. Pendedahan cahaya matahari ;

Kawasan tanaman perlulah kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari (kawasan lapang). Tanaman memerlukan sekurang – kurangnya 6-8 jam cahaya matahari sehari dan susunan polibeg tanaman mengikut arah utara – selatan (max penerimaan cahaya matahari). Peneduh perlu dibuat bergantung kepada jenis tanaman terutama sayuran yang tidak memerlukan cahaya yang banyak.

  1. Kawasan yang rata/mudah diratakan ;

Kawasan yang rata adalah penting untuk memastikan kelancaran sistem perairan daripada tangki ke polibeg tanaman. Untuk kawasan berbukit kita boleh menggunakan kaedah ‘cut and fill’ serta membuat sistem saliran yang baik.

  1. Bekalan elektrik ;

Elektrik penting untuk menghidupkan pam air kepada setiap polibeg. Alternatif yang boleh digunakan adalah menggunakan generator. Kita juga perlu memastikan pam sentiasa beroperasi dengan baik untuk membekalkan air kepada tanaman.

 

*** untuk yang mengusahakan sistem fertigrasi secara skala besar mereka juga perlu memastikan kawasan tanaman tidak berada dilaluan angin kencang, jarak dan kos yang optima serta kawasan tersebut mempunyai fasiliti sebaiknya untuk memudahkan kerja – kerja yang berkaitan.

sistem fertigasi mudah

Barang keperluan

  1. Paip utama (32mm/20mm)
  2. Paip pembahagi (20mm/16mm)
  3. Microtube
  4. Polibeg
  5. Silver shine
  6. Shading jika perlu
  7. Pam air
  8. Tangki yang bersesuaian saiz
  9. Baja larut air

 

Langkah penyediaan sistem fertigrasi

  1. Penyediaan tapak
  2. Pemasangan silvershine
  3. Susunan alas bata untuk polibeg
  4. Pemasangan polipaip untuk paip utama dan pembahagi untuk kawasan tanaman dan dari tangki baja.
  5. Pemasangan pam air dan pengatur masa (optional)
  6. Menyediakan media tanaman
  7. Menyusun polibeg ke kawasan tanaman
  8. Memasang peralatan siraman ke setiap polibeg dan paip poli
  9. Penyelarasan tahap siraman dan kadar baja yang diperlukan.
  10. Penyelenggaraan berkala.

 

Ditulis oleh: Syafiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinterest