TEMBIKAI WANGI (Rock Melon)

Dalam penulisan kali ini, saya ingin berkongsikan langkah-langkah operasi yang sering dilakukan (SOP) untuk penanaman tembikai wangi secara fertigasi.

  1. Persediaan kawasan penanaman.
  2. Pembelian input pertanian.
  3. Pemasangan struktur sokongan dan sistem pengairan di tapak tanaman.
  4. Mengisi polibeg dengan media yang dipilih dan menyusun mengikut jarak tanaman yang disyorkan.
  5. Menyemai biji benih di tapak semaian.
  6. Menyediakan larutan baja fertigasi tembikai wangi iaitu baja A dan baja B.
  7. Memindahkan anak pokok tembikai wangi dari tapak semaian ke dalam polibeg.
  8. Memastikan sukatan larutan baja A dan baja B diberikan mengikut usia dan peringkat pertumbuhan pokok.
  9. Melilit batang utama pokok agar tidak lecur.
  10. Membuang tunas air pada pokok tetapi jangan membuang tunas air yang berbunga.
  11. Memilih dan memangkas buah pada setiap pokok.
  12. Melakukan semburan foliar untuk meningkatkan kualiti buah tembikai wangi.
  13. Menuai hasil buah tembikai wangi diantara hari yang ke-60 hingga hari yang ke-75 selepas pemindahan anak pokok dipindahkan ke dalam pilobeg.
  14. Melakukan proses lepas tuai (post-harvest process) dan pengreddan buah tembikai wangi.
  15. Memasarkan buah tembikai wangi ke pasaran tempatan mahupun pasaran dunia.

Cukup sahaja untuk kali ini. Saya akan berkongsi lebih lagi tentang tembikai wangi ini dari semasa ke semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinterest