Video: Cara Menyemai Benih Cili

Haa… Hari ni kita sembang pasal menyemai pokok cili daripada benihnya. Silap cara menyemai, frust menonggenglah jawabnya. Ya, menyemai daripada benih boleh jadi satu aktiviti yang menyakitkan kepala, terutamanya bila benih yang disemai sangat lambat tumbuh. Dalam sesetengah kes, biji benih langsung tak bercambah!

 

Sebenarnya, ada biji benih yang mempunyai sifat pendam (bahasa inggeris: dormancy). Sifat pendam ini perlu dipecahkan untuk membolehkan biji benih tersebut bercambah. Untuk memecahkan sifat dorman (pendam) inilah, sesetengah biji benih perlu dikeringkan dalam tempoh tertentu, dipanaskan, dibekukan, atau lain-lain cara. Inilah antara alasan mengapa ada biji benih yang langsung tidak bercambah walaupun sudah lama disemai. Jadi, kalau selepas ini biji benih yang anda semai tidak bercambah, cuba semak sifat kependaman biji benih spesis tersebut.

Ok, kita terus masuk kepada cara menyemai biji benih cili. Cara ini dikongsikan oleh Tuan Izam dalam facebooknya. Mungkin kita ada melihat banyak cara menyemai benih cili. Biasalah, lain mazhab lain ajarannya tapi anda mungkin berminat untuk ikut ajaran yang ini.

Sedikit perkongsian ilmu menyemai benih….

Posted by Izam Ijam on Thursday, February 4, 2016

Tonton di sini jika video di atas tidak berfungsi

 

Sekian, semoga bermanfaat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinterest